Saturday, January 5, 2019

Misteri Mahluk Besar Atas Langit Akhirnya Terbongkar

"Mak nampak burung besar atas langit!". Kata MIL aku waktu datang ke sini beberapa bulan lepas. Sekilas ku amati di balik tingkap sliding... tak ada apa2 di sana melainkan pohon besar jiran sebelah.


Jiran aku ni ku agak ada cemeni.. yg sekarang agak rare di dunia yg modern ini.   Kepulan cemeninya berasap2 di atas bumbung bila winter menjelang.  Eh!.  Mesti la kan.. kalau tak berasap, tak kan berfungsi jadi pemanas plak?.


Rumah beliau dikelilingi pohon2 besar.    Aku sebagai jiran, sebenarnya rasa beruntung dengan keadaan itu sebab suasananya menggamit memory di kampung.   Pohon2 itu walau aku tak pasti ID dia, tapi saling tak tumpah macam pokok2 hutan masa kecil.  Well... pasti lah berbeza pun... sebab ini Aussie... bukan hutan Pt No 7 sana.


Lantas...  mahluk besar apakah yang MIL aku nampak di langit itu?.

Jiran aku membela sesuatukah??.

OMG!!.    Tak mungkin...


Jeng jeng jeng...




Eh!. Salah upload.   Ni kisah periuk belangga untuk  Shashal yang suka memasak.


Ok kita try upload pic yang sebenar.   Minggu lepas kami dapat mengendap apakah makhluk tersebut...







Ha ni lah dianya...
Memang besar gedabak.  Tetiba muncul kat laman.   Mungkin berhajat nak mencuri ikan2 belaan suami dalam kolam.


Alhamdulillah... yang penting bukan hantu.

No comments:

Post a Comment

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.