Monday, April 15, 2019

Al Fatihah

Dulu ai nak padukkan abang tu dengan osmet ai...  tapi jodoh tak sampai.  (Biarlah ai namakan beliau sbg Abang A.. dari Muar).

Tapi bukan itu yang ingin ai ceritakan hari ni.. sebab masing2 dah berkeluarga.  Dah bahagia. Ai cuma ingin menzahirkan rasa terkejut sebab scroll2 FB...  abang tu telah menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi.   Masyaallah.. Subhanallah.  Terkejutnyaaa.   Selama ni add kat FB sekadar add macam tu je..  tak pernah bertegur sapa.   Itu memang sikap ai la kan... (ai kan busy.... ahakz)..  tapi sentiasa mendoakan semua kawan2.

Rasa macam masih terngiang2 nasihatnya puluhan tahun lampau..

"Sam... orang yang tak menutup aurat, macam orang b*g*l.". 

Ya la.. zaman dulu mana ada FB, so nak nasihat memang kena cakap direct macam tu.

Innalillahiwainnailayhirojiuun. .
Moga rohnya dicucuri rahmat.  Moga anak dan balu yg ditinggalkan tabah menghadapi.  Terima kasih atas nasihat yg benar itu.  Moga arwah dapat juga "saham2nya.".  Inshaallah moga saya akan terus berhijab.

Betapa dunia ini hanyalah sekejap cuma.  Insaf.


No comments:

Post a Comment

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.