Tuesday, March 24, 2020

Tiada MCO (Sekatan Pergerakan) Di Sini

Dunia sudah semakin tua.. eloklah berbuat sesuatu demi masa depan yg lebih tenang di alam lain.   By the way... ini bukan entry mencetus panic.   I just follow my guts feeling saja.. apa yg ai rasa nak buat.. ai buat.   Bukan sebab pandemic pun.. tapi kurang2 untuk usia yg makin purba ni.. eloklah dimuhasabah kandungan blog.


Bila sebut ayat ni.. teringat pulak classmate ai budak Italy... suka sebut waktu berkongsikan kisah travelnya di Malaysia.. nak makan mana2 kedai yg dia tak familiar..  just follow guts feeling.. untuk elak food poisoning.   Tapi apa khabarnya tah skg beliau itu?.  Covid di Italy dah semakin mengganas.   Moga panjang umur hendaknya.


Italy  secara literal adalah The Great Roman Empire yang pernah menerajui ketamadunan manusia hampir 1,000 tahun lamanya.   Tapi asbab Covid 19.. (selain dah ajal), rakyatnya meninggal saban hari dah macam semut.




Begitu juga penduduk2 negara lain yg terpaksa berjimat2 makan, tak dapat buat kek.  Bertabah hendaknya.   Macam ai ni.. terpaksa juga buat.. sbb itu je yg menimbulkan selera pada Qistina.. lain2 menu dia tak minat sgt.

Tapi..now ni kami makan sampai licin.. takut dah nak membazir2 lagi. Haha..  Buat dlm kuantiti kecik supaya habis dimakan.

Masa untuk meneroka balik entry2 lama... membuang gambo2 yg tak memberi faedah .. atau mungkin TERambil tanpa sengaja dari uncle2 Google.


Dah "bungkus" dah lengan.. dgn "stokin hijau" striking teww..


Tiada MCO (Movement Control Order) di sini.. tapi dengan sendirinya kami mengurangkan aktiviti luar.   Darah Malaysian yg mengalir kot.. membuat kami terikut2 rule yg dijalani di sana. Hik2.. atau ibarat kata... "Berat sama dipikul.. ringan sama dijinjing.".


"Stop your holidays, stay home, just do your essential stuff."

Resepi2 jimat untuk Covid 19 - Stay At Home:

Donut tanpa butter.
Pizza kukus
Puree Gemuk


No comments:

Post a Comment

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.