Thursday, May 21, 2020

Sugu Pavithra

Assalamualaikum uollz...

Kami kat sini dah berbuka pukul 5.26 ptg tadi waktu Perth.. sambil bertemankan
Sugu Pavithra.   Menu kami hari ni.. roti jala sbg second course.




Oh I mean.. bertemankan their channel yg dibuka oleh Shashal.  Wah!. Anak ai ni tak pernahnya nak tertinggal segala berita yg viral di tanahair.

"One day saya nak jumpa dia lah.." katanya dgn eksited..  😆

Kami sekeluarga sgt Berbangga ada YouTuber berwajah Malaysia, merendah diri dan rajin berkongsikan resepi spt beliau.  Membuat kami teringatkan jiran lama kami di Jay Bee. Makcik Shilpa bukan nama sebenar..  yg juga fasih berbahasa jawa dan juga rajin berkongsi resepi dgn kami.. tapi melalui pagar je ler.. bukan YouTube.  Haha..

Hasil research kami mengatakan kejayaan Sugu Parvithra adalah atas kefasihannya berbahasa Melayu, ditambah dgn sikap ikhlas mempersembahkan content, menjadi dirinya sendiri dan juga tidak menggedix.

Dan... Satu lagi.. tentu lah sokongan dari suaminya serta ibu mertua.   Pada ai.. itu memang faktor terpenting.  Buat apa2 pun kalau tak de restu suami.. memang ke laut jadinya.

Ok Pavithra and hubby.. Moga terus sukses..
Kami tak dpt nak bagi hadiah macam geng2 Malaysia yg lain sebab jauh di sini.. so cuma mampu support secara moral je lah..  Moga uollz berdua menjadi ikon yg menyatukan Rakyat Malaysia yg berbilang kaum.


P/s. :.  Rezeki Allah tak pernah salah alamat.. ni yg dikatakan "kun faya kun..".. Jika Dia Kata.. "Jadi" maka.. jadilah..
Allah mampu mengubah nasib seseorang.. 

2 comments:

  1. Glemer dia sekarang. Viral habis.. Murah rezeki dia. Orang baik mesti berjaya..

    Kami tinggal perumahan 90% India. Memang harmoni. Takde gaduh2. Sampaikan tetamu dia nak tumpang parking depan pagar kita pun, dia tekan loceng rumah kita nak mintak izin. Anak2 mereka main mercun bersepah kat laman, terus dorang sapu.. Jiran yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Han Hanni - Oh jiran awak rupa2nya. I see.. Alhamdulillah. Betul tu.. org baik pasti Berjaya. Salam kami utk mereka ye.. love from Perth. Hihi.. My kids so eksited mendengar kisah hidupnya.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.