Thursday, July 30, 2020

34 Senarai Doa Hari Arafah

Assalamualaikum..

Marilah perbanyakkan berdoa pada hari ini dgn doa2 yg baik guys.  Doa lah dgn yakin yg Allah akan kabulkan.. kerana sesungguhnya Hari Arafah adalah merupakan peluang keemasan untuk kita tak kira untuk duyyurfurrahman atau bahkan kita yg tidak menjadi tetamu-Nya pada tahun ini.   Usah jelez ye dgn 1000 org tersebut.. peluang kita masih ada walaupun di rumah je tahun ni.  Eh!. 1000 org ke?.  Nampak mcm ramai je tu?. Ok k.. typo 10,000.

Whatever lah kan.. yg penting, hari ni kita jgn banyak membawang ye.. mari berdoa banyak2..

Memory last year

MUSTAJAB

Hari Arafah bagi tahun 2020 jatuh pada 30/7/2020 mulai jam 12.27 tengah hari Waktu zohor (Mekah)

Untuk do'a yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.27 petang hingga jam 6.27 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat do'a ke langit ALLAH. Waktu ini bagus berdo'a kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. 

Kalau kat Perth bermakna waktu maghrib dan ke atas sbb kat sini 5 lebih dah masuk waktu maghrib.


Doa

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - iaitu selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakanlah mereka hidayah Islam.


Jgn lupa.. doa juga supaya Covid 19 terhapus dari dunia..  


6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakanlah agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkanlah aku. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari pembalasan.

9. Ya Allah, ketika aku mati, aku mohon jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.



11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Mu.

12. Wahai Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit.

17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkatilah hidupku bersama pasanganku dan anak-anakku yang akan menjadi penyejuk mataku. Jadikan mereka insan yg soleh/solehah, berjaya di dunia dan akhirat.

18. Ya Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Ya Allah, selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.


21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja sedekah jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari sifat munafik.

27. Ya Allah, izinkan sekali lagi aku menunaikan haji bersama suami dan anak3.  Panggillah juga kami  utk mengerjakan umrah.

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan kepadaku kekuatan untuk membimbing pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan, semoga aku dapat bangun untuk beribadat dan tahajjud kepada Mu setiap malam.

32. Ya Allah, lindungi kami dari wabak penyakit yang menyerang kami.

33. Ya Rahman Ya Rahim, kepada Mu aku hadapkan wajahku kepada Zat yang Maha Pencipta langit dan bumi. Sesungguhnya segala solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Mu Ya Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagiMu. Maka aku mahu patuh kepada perintahMu, dan masukkanlah aku dalam kalangan orang yang awal berserah diri kepada kekuasaan Mu.

34.  Ya Allah mabrurkan lah hajiku yang telah kutunaikan yg lalu dan inshaallah jua yg akan datang.. jika berpeluang lagi.

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin



, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. 



2 comments:

  1. Aaminnn Ya Rabbal Aalamaiin..

    Semoga ammi dapat menjadi duyyurfurrahman untuk mengerjakan haji.

    ReplyDelete
  2. aminnn terima kasih , bermanfaat sungguh :)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.