Showing posts with label Raya Haji. Show all posts
Showing posts with label Raya Haji. Show all posts

Wednesday, June 19, 2024

Selesai Qurban Tahun Ini

Tahun ni buat korban di tiga negara. Selain untuk kami, IRP buatkan korban untuk si Ain dan suaminya juga.  (Sapalah tak sayang menantu ooii?.  😁.   Haruslah).

Maka dgn ini mama doakan mudah2an Allah sentiasa mengurniakan  kebahagiaan buat keduanya dan melimpah ruah rezeki yg halal serta mendapat ganjaran pahala yg besar.  Aamiin aamiin aamiin ya Robbal alamin.




Pix atas lembu. Gambar paling bawah pula  adalah daging-daging kambing yang telah selesai dibungkus dan diagih-agihkan untuk masyarakat di negara-negara jiran. 






Semoga usaha ini diberkati dan membawa manfaat kepada semua.    Terima kasih kepada semua yang membantu melaksanakannya hingga selesai.   (Termasuklah lembu di dalam gambar di atas dan kambing yg tiada dlm gambar).  See you in Jannnah ye Moo and Mbek.  Insha Allah.


Sunday, June 16, 2024

Risiko isteri cantik

Assalamualaikum guysss.

 
Someone has expressed their concerns about dealing with a lazy in-law who refuses to help with cooking during Eid preparation.
 
Haha.. I know it can be challenging, especially if you are the only one taking on this responsibility. I am not perfect to give you ideas, but I would love to suggest some solutions to address this issue constructively. Even though it is easier said than done, there's no harm in trying, right?.  Solve the problems in a classy way. You're going to look classy this Eid!!. Udah ler pandai masak classy pula tewww!.  Otherwise, keep calm and think about the hereafter (consider it a test to gain rewards).

Open Communication

Sometimes people are willing to help (although she is beautiful, she will help you 😁) but they need clear directions on what to do. So, express your needs. Clearly state that you need their help with specific tasks.  
 
Knock her door. Approach them calmly and explain how overwhelming it is to handle all the preparations alone. 
 
Delegate Tasks:
 
Break down the preparations into smaller tasks and assign specific responsibilities to each family member. This can make the workload seem more manageable.
 
Establish a timeline for when each task should be completed. This can help ensure that everyone knows what is expected of them and when.


Pix sekadar hiasan, ada ke org raya bermenukan ikan?.


 
Meeting
 
Encourage everyone to share their thoughts and suggestions (through WhatsApp, etc.). This can foster a sense of teamwork and shared responsibility. Ensure that the conversation remains positive and solution-focused. Avoid blaming or criticising, which can create tension and resistance and end with anger.
 
Hire Assistance
 
If the situation does not improve, consider hiring help for the cooking and preparations. This can alleviate the pressure on you and ensure that the work gets done.
 
Manage Expectation
 
Consider simplifying the Eid menu to make the cooking process more manageable. Focus on a few key dishes rather than an extensive spread.
Determine which tasks are most important and focus on them. It's okay if not everything is perfect; the goal is to celebrate together, right?.
 
Bear in mind that not everyone has the same interests (like cooking); they might prefer decorating the house. So, how about if you just ask them to hang the curtains or wash the clothes?

By addressing the issue with empathy and clear communication, you can work towards a more cooperative and supportive environment, making the Eid preparations a shared and enjoyable experience for everyone. Masya Allah tabarakallah.

 

 

Saturday, June 15, 2024

Asyik terserempak

Assalamualaikum.

Thanks kepada yang concern apabila ai menyepi seketika.  Lebiu gurlz.   

Dah alang-alang ada yang bertanya khabar, maka ai update entry ini sebagai "pembuang sawang".   Lokasi-lokasi solat sunat hari raya aidil adha sekitar Perth (rujuk jadual yang disertakan).  Kot mana tau ada yang sedang berholidaying di bumi kangaroo ini dan nak solat raya.   Banyak kali juga kami terserempak dengan pelancong-pelancong Malaysia di shopping complex lately ni, tapi tidak pula ai bertanya adakah mereka ingin beraya di Aussie atau sebaliknya kerana ai bukan suka busy body.   Hihi.


Masjid Al Taqwa di Mirabooka.





Jadual : credit to my friend, Sister Sherry.




Oh ya kemarin terjumpa kenalan (obersea) kat mesjid, beliau kata kat Malaysia ada topi (tapi scarf) yang sangat cantik! Di belakang ada bunga (maybe sanggul kot.. jgn bonggol unta sudah ya).  Puas ai mikir, apakah yg dimaksudkan?.  Sebab beliau nak kirim kalau ai terjumpa di Malaysia.   Any idea guys?.  Thank you.


Sunday, July 10, 2022

Raya Haji 2022

Assalamualaikum.  Salam aidil adha.

Pagi tadi ke pasar, lenggang.   Maybe peniaga2 di situ baru menyambut aidil adha pada hari ini (sama macam anda di Msia).   Whereas kami pulak menyambutnya semalam, Sabtu 9hb.  




Sebagai menghiburkan seisi rumah  dan membangkitkan semangat raya, petang Jumaat tu ai masak ler juga menu raya.. i.e rendang kambing dan nasi impit, sambil stand by kot2 bleh  bawa untuk potluck kat mesjid keesokkan paginya... tapi last minute cancel plan  pegi mesjid yg lain, (di mana mesjid ini tak de acara potluck mahu pun makan2, so tak jadi bawak rendang tu).  




Ok juga cari pengalaman baru di mesjid baru, kalau asyik ke mesjid yg sama saban tahun, takut orang kat sana boring pulak asyik2 muka Makcik ni je menebeng kat sana raya2. (Haha.. gurau).

Nota :.  Mesjid ni ada lah sebuah bangunan kilang yg disewa menjadi mesjid.

Tahun ni terlalu banyak pilihan beraya kat Perth ni, hampir semua mesjid ada aktiviti.  Tu yg jadi 'rambang mata' nak pilih lokasi.





Balik mesjid kehujanan, singgah makan kat cafe.    




Balik rumah kejap, rehat2.   Petang masih hujan lagi.  Akibat dah tak de idea nak beraya ke mana,   beraya plak kat hotel melayan selera anak3 dan ronda2 Perth City. 

Begitulah kisah aidil adha kami tahun ini.    




Thursday, July 22, 2021

Tidak Masak Di Aidil Adha

Assalamualaikum and morning!!!.

Banyak pilihan tempat untuk solat aidil adha aritu, alhamdulillah.   Berseri2 si bujang ai termakbul hajatnya dan mungkin juga atas doa2nya.



Tapi jauh juga lokasi parking, hingga terserempak dgn bus stop yg menarik ni kat tgh jalan.

Terima kasih kepada AJK "surau" atas menu raya.   To be honest, tahun ni ai TAK MASAK apa2 menu raya haji ye.. (kalau masak, ai tulis masak berserta gambar.. buat apa nak fake2 kan?.   Wakakaka..... bunyi mcm org marah pulak).



Satu family dapat satu tray ni.   Tapi kami bawa ke tempat lain.. sebab risau pulak nak bersesak2 kat situ.


Sepanjang musim raya haji ni, status wassap dipenuhi throwback/flashback story mory nostalgia Tanah Suci dari kawan2.. Suka penulisan sebegitu sbb secara tak langsung kita ingat balik apa yg dah mula dilupakan, termasuklah step2, what is tanah haram, what is tanah halal, mana tempat yg kena DAM, mana yg TIDAK, termasuk juga nostalgia ai kat bawah ni.   Mana lah tau.. one day kakak tu muncul kat blog ini.   Please say hi to me ye Kak Hajah..








Sebahagian menu  yg sempat disnap.



Next kami ke lokasi yg telah dibook si Ain seawal pagi.. malas nak sebut nama tempat.. ai pegi pun semata2 nak layan selera anak3 je.  Mama doakan mereka semua ni cepat2 lah jadi billionaire (dan berguna pada agama, bangsa dan negara) sebab selera kayangan je memanjang.  Haha.. Aamiin Ya Robbal Alaminnn.  Doa ibu tiada hijab.   






Monday, July 19, 2021

Tudung Raya Pemberian Kawan

Assalamualaikum guysss...


"Waktu zohor di Arafah arini ialah 12.33 tengahari (waktu Mekah) iaitu bersamaan 5.33 ptg waktu M'sia.. ".     Copy status Datin Z.

Ok jgn lupa listkan doa siap2 ye... dan banyakkan zikir hari Arafah. 






Semalam dapat tudung raya dan kain pelekat utk hubby pemberian teman seperantau,  Ibu D dan Pak..(aduh lupa nama suaminya yg omputeh tu... akibat "rajin" sangat bersilaturrahim haha).   Barakallah fik ya Ukhti.  Ingat juga pada kami.   Terharu.. nak menitis air mata.  Sobzzzz..   So envy sebab mereka telah "bersedekah" di bulan yg barokah, Zulhijah.  InshaAllah nanti kami pakai ya.   Semalam Cik Q jumpa mereka tak habaq awai2...  tak dapat Mama bagi apa2.. terlepas peluang berbuat kebaikan.


Kepada yg bertanya ai oghe Kelate ko?.  Idok.. tapi dulu "ngaji" (bukan mengaji) room mate, osmet ramai oghe2 Kelate.    Come2 blako deh...


Cemana Peter and Jane boleh dikenal pasti?.  Ohh itu je pasangan burung slim yg selalu bertenggek  atas bumbung. Kaler putih kecoklatan. Tak de yg lain.  Yg sekor lagi single tak berteman kami namakan Michael..   kaler hitam, duda la kot.   Yg lain2 burung spesis lain yg suka buat havoc di malam hari..  agak besar dan menakutkan.


Ok bye.. jgn lupa doa byk2 tau arini.




Saturday, August 1, 2020

Berkain Batik Di Pagi Raya Aidil Adha 2020

Salam Eidul Adha Maaf Zahir dan Batin..
Beraya di perantauan je.  Nak balik karang.. dicop "kayangan" pulak. Hihi..



Semalam pepagi dah ronda Fremantle.  Sebagaimana ai tulis sebelumnya.. akibat kansel nak beraya dgn sahabat seperantau di Taman Bunga.

Sejak Covid melanda, kami dah lama tak menyinggah ke kota pelancongan itu.  Skg keadaan dah reda dpt la berposing raya di sana.    Baju raya masih di benua lain.. jadi kami pakai je apa yg ada.



Akibat dah lama tak ke sana..  kami pun tak tahu sama ada mesjid di sana masih wujud lagi atau pun tidak.  Masa last kami pegi, bangunan tersebut dah dihuni orang.. tak tau lah skg.  Jadi.. kami pulang solat zuhur di rumah sebelum sambung beraya ke Optus Stadium plak.  Sempat tukar baju dan ganti je dgn kasut sukan.. lega rasanya.



Anak Merajuk

Alhamdulillah walau raya haji kali ni tanpa ketupat rendang.. yang penting kami ceria. Menu kami tahun ni made in kedai je.. sekaligus celebrate Qistina exam untuk membuang rajuknya.   Merajuk sbb exam aritu kami tak de treat dia apa2.  Laaa.. sorry la sayang di atas kealpaan ini.

Mungkin sbb selalu kalau Shashal dan Ain lulus apa2.. kami bawak keluar makan.. walau kdg sekadar kedai pancake.  Motif untuk memotivasikan mereka utk lebih cemerlang lagi sebenarnya.
Untuk Qistina ni sebab prestasi selalu consistent (alhamdulillah).. jadi Mama pun sekadar wish congrats dan continue mendoakan.  Astagfirllah.. Moga jadi pengajaran buat Mama di lain kali untuk berlaku adil dan saksama.




Dlm pada dia merajuk tu.. tetiba bagi Mama dia present ni plak.  Kikiki.. Terima kasih.. Nak bagi Mama dia happy di pagi raya la tu.. alhamdulillah.



Balik rumah dah nak maghrib.. so cuma sempat masak odhen je.

Begitu la episod Raya haji kami tahun ini.  Sekian. 

Thursday, July 30, 2020

Malam Raya Yang Paling Awal Tido Sepanjang Kehidupan

Lumrah..  dari kecik lagi tiap kali malam raya tido lambat.. sama ada eksited menunggu pagi raya atau disibukkan dgn ketupat rendang.  Tapi selalunya more to eksited nak beraya je la sampai tak mampu pejamkan mata.   Lagi2 waktu sebelum Covid..Aidil Adha kat sini sangat meriah.  Feel dia lain macam. Mlm raya hati dah memanggil2..

Tapi itu dulu..  malam ni berlainan.  Lain dari tahun2 sudah.   Kawan ai plak yg sepatutnya "picnic" sama2 esok pagi tetiba kansel appointment.   Mujur juga ai dah prepare contingency plan.. jadi bila mana beliau kata kansel.. ai dah prepare dari segi emosi dan spiritual.   Ha gitchew.   Maksudnya ai takde la marah beliau.. sebab faham keadaannya yg terpaksa kansel (ada tugasan).. and she is the one yg selalu kami ada waktu susah dan senang.






Sesungguhnya..   contingency plan or plan B adalah sgt penting ye puan2.  Dalam apa jua keadaan pun.. especially kalau anda buat majlis or apa2 jua plan.  Risiko boleh jadi cuaca, masalah teknikal dsbnya.

Dlm kes ai ni...  plan B nya ialah..   duduk rumah makan pop corn.  Eh tak lah.. maksudnya awal2 lagi ai hanya membuat harapan  tipis walaupun seminggu juga eksited nak jumpa beliau yg sekian lama "terpisah akibat corona".. mesti la dlm kepala ni penuh rencana dan idea menu yg dirancang utk dimakan bersama2.

kasut raya haji


Selain membuat harapan tipis, pasti lah ada juga plan lain untuk menyambut raya haji kali ni.. so, kita tengok la macam mana esok.. yg pasti inshaallah kami try mengelakkan dari tempat2 yg crowded sekali pun ada pertunjukkan fesyen dan jemputan makan malam..  inshaallah kami tak pegi demi keselamatan.

34 Senarai Doa Hari Arafah

Assalamualaikum..

Marilah perbanyakkan berdoa pada hari ini dgn doa2 yg baik guys.  Doa lah dgn yakin yg Allah akan kabulkan.. kerana sesungguhnya Hari Arafah adalah merupakan peluang keemasan untuk kita tak kira untuk duyyurfurrahman atau bahkan kita yg tidak menjadi tetamu-Nya pada tahun ini.   Usah jelez ye dgn 1000 org tersebut.. peluang kita masih ada walaupun di rumah je tahun ni.  Eh!. 1000 org ke?.  Nampak mcm ramai je tu?. Ok k.. typo 10,000.

Whatever lah kan.. yg penting, hari ni kita jgn banyak membawang ye.. mari berdoa banyak2..

Memory last year

MUSTAJAB

Hari Arafah bagi tahun 2020 jatuh pada 30/7/2020 mulai jam 12.27 tengah hari Waktu zohor (Mekah)

Untuk do'a yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.27 petang hingga jam 6.27 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat do'a ke langit ALLAH. Waktu ini bagus berdo'a kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. 

Kalau kat Perth bermakna waktu maghrib dan ke atas sbb kat sini 5 lebih dah masuk waktu maghrib.


Doa

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - iaitu selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakanlah mereka hidayah Islam.


Jgn lupa.. doa juga supaya Covid 19 terhapus dari dunia..  


6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakanlah agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkanlah aku. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari pembalasan.

9. Ya Allah, ketika aku mati, aku mohon jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.



11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Mu.

12. Wahai Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit.

17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkatilah hidupku bersama pasanganku dan anak-anakku yang akan menjadi penyejuk mataku. Jadikan mereka insan yg soleh/solehah, berjaya di dunia dan akhirat.

18. Ya Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Ya Allah, selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.


21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja sedekah jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari sifat munafik.

27. Ya Allah, izinkan sekali lagi aku menunaikan haji bersama suami dan anak3.  Panggillah juga kami  utk mengerjakan umrah.

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan kepadaku kekuatan untuk membimbing pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan, semoga aku dapat bangun untuk beribadat dan tahajjud kepada Mu setiap malam.

32. Ya Allah, lindungi kami dari wabak penyakit yang menyerang kami.

33. Ya Rahman Ya Rahim, kepada Mu aku hadapkan wajahku kepada Zat yang Maha Pencipta langit dan bumi. Sesungguhnya segala solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Mu Ya Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagiMu. Maka aku mahu patuh kepada perintahMu, dan masukkanlah aku dalam kalangan orang yang awal berserah diri kepada kekuasaan Mu.

34.  Ya Allah mabrurkan lah hajiku yang telah kutunaikan yg lalu dan inshaallah jua yg akan datang.. jika berpeluang lagi.

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin



, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. 



Tuesday, June 16, 2020

Akhirnya Baju2 Kurung Telah Berjaya Diambil

Terima kasih kepada semua tailor2 kami yg telah bertungkus lumus menyiapkan baju2  kami (nak sebut baju raya pun.. raya dah habis kat Aussie ni).. so kami sebut sebagai baju gi library je lah!. Boleh?. Haha..  Dah jadi habit sekarang ni asal jenjalan bandar je berbaju kurung.. sampai Ain kata..

"Mama je semangat raya..".

Ya la.. jgn berharap raya je jika ingin berbaju raya..

Don't ever save anything for a special occasion. Being alive is the special occasion.

Ha gitchew!!  Let's celebrate life!!.

Nak harap raya haji plak... takut!.  Takut harapan nak beraya termusnah sekali lagi.. kang menangis.. selagi mana border masih ditutup.. dan selagi mana Australia  blom umum zero macam New Zealand.. selagi tu masih berwaspada.

Yang benornya semangat nak raya haji blom muncul lagi.. nak kena abiskan hutang posa dulu kot baru timbulnya aura2 nak beraya tu.







If this looks familiar to you...it's because I have posted this pic before..
Saja kumpulkan balik dalam ni sbg kenangan hari muka.   Thanks Kak Ida for all the bajuszz.. love its so much!.   Ada beberapa helai sebenarnya yg kami tempah dgn Kak Ida.. tapi beliau lupa nak snap kot.  Atau pun ai dah terdelete?. Eh!  Lupa plak.. sebab lama naw tak ambik2.. haha..


Anak Dara Belikan Kain

Yang ni plak tempah dengan kawan sekolah..  Azie nama dia..   Kain2 ni ole2 dari Ain.. jadi segala kaler dan fabrik ikut selera dia.  Alhamdulillah dah jadi baju.. lawo pulak.



Masa dia balik holiday berbondong2 dgn kain2 tu.. dia suruh pilih.. so ai pilih la yg ada tanah merah (pix bawah ni).. sebab nak lari dari kaler hijau. Alhamdulillah bila jadi baju nampaknya merah lebih mendominasi. So pix atas tu dia punya.  Yg last tu si adik.  Dia ada juga belikan Atok selai.. blink2 biru.






Ok done cerita pasal baju.  Jgn tak tau.. ini pun satu bentuk terapi tau!.  Eh lupa.. ini adalah entry penghargaan untuk semua krew2 yg terlibat (Si Ain dan Tailors) dan juga beliau2 yg telah menolong kami menghantar kain2 tersebut.

Thank you very much!

Wednesday, December 25, 2019

Pengalaman Mengerjakan Haji 2019

Assalamualaikum w.b.t

Bila terbaca balik entry lama 2013..  kisah tentang sahabat nak pegi haji tapi anak-anak tiada yg jaga.. saya pun dok mikir masalah yg sama (ketika menulis artikel itu).  9 tahun berangan (sebagaimana entri  2010 ) kini menjadi nyata.  Syukur sangat-sangat.   




Rupa2nya.. bila Allah dah panggil kita je.. segalanya Allah mudahkan dengan teratur dan baik sekali.  Thanks kepada semua yg terlibat dalam episode haji kami.  Hanya Allah yg mampu membalasnya.



Kad dari hubby masa buat kejutan.
Yg peliknya tak tulis tentang haji pun dlm tu.




Saya tak sempat mengikuti kursus jangka panjang ketika itu akibat kekangan masa (sebab tinggal di Australia).. dan visa pula lulus di saat2 akhir.  Perasaan tentulah berdebar2. Bermacam2 yg difikir dlm kepala -mikir tak dapat join kursus, mikir blom dapat pelepasan kuliah lagi.. pendek kata mcm2 lah yg difikir ketika tu.   Happy tapi dlm masa yg sama suspen.


Kursus Sendiri

Akhirnya kami suami isteri hanya mendapat bimbingan secara "intensif" dari kakak dan abang kandung saya (Ustaz Baha dan Ustazah S.A) mulanya secara on line sebab duduk terpisah benua kan.. lepas tu bila kami dapat balik Malaysia je.. gigih lah  mengetuk pintu rumah mereka demi mendapatkan tunjuk ajar.   T.kasih buat mereka semua.


Kelengkapan haji pun beli last minute.  Merata juga cari, sebahagiannya kat Larkin, Bee Pee dan Shah Alam ikut mana yg sempat, asal ternampak kedai kelengkapan haji.




Masyallah!  Kasih sayang Allah itu maha luas.   Dlm pada blur dan berdebar tu.. rupa2nya  sampai di Tanah Suci, mutawif2 sedia memberikan bimbingan lagi, idak ler kami terkontang kanting, selain tunjuk ajar kakak2 room mate (room mate haji) yg baik2 belaka dan tak jemu berkongsi ilmu.   Lega sangat masa tu.  Ada antara mereka ni dah pergi kursus tahun2 terdahulu  so, kat situlah saya memantapkan lagi info2 yang telah pun didapat masa pegi kursus..(what so call "kursus intensif " dgn kakak dan abg tadi tu lah).   Sambil baring2 kat katil sambil belajar, mereka pun tak kedekut ilmu.  


29 Zulkaedah kami bertolak ke Mekah, 30 Zulkaedah selepas Asar, umrah pertama.





Untuk anda yg bakal menjadi tetamu-Nya.. kalau dapat pegi kursus penuh.. Alhamdulillah.   Sedikit yg saya ingin kongsikan... sbg tambahan di sini ialah :-


PERLU FAHAMI MAKSUD HAID DAN JENIS2 WARNANYA

Yang ini memang penting untuk anda fahami.  Sila dapatkan bimbingan dari Ustazah2 yang bertauliah.  Perlu memahami apa itu masa naqa’ dan penyelesaiannya.

Ada doa untuk menyekat haid ... (kakak saya ada bagi tapi sorry sebab doa tu dari belog sapa tah... tak dapek ler saya kepilkan di sini sebelum mintak izin dengan penulis belog).   Yang ni Puan2 boleh tanya dengan Ustazah2 yang bertauliah.     

Cara lain mungkin dengan ubat...  tapi saya memang tak sempat ketika itu.  So hanya berbekal doa dan tawakal pada Allah  je lah.


Tapi  kalau dah makan ubat, berdoa pun masih juga berkeuzuran... usahlah bersedih hati bermuram durja... pasti ada la tu  hikmahnya.    





Istana Dajjal di puncak gunung



CARA MENCEGAH RAMBUT GUGUR 

Ketika dalam ihram, rambut jangan sampai gugur nanti kena DAM,  sehelai berapa riyal lupa la plak...so cara terbaik ialah usah biarkan rambut2mu mudah rontok ya Puan2....  Ya, semestinya puan2 harus memakai syampu anti rontok!.   Ha gitchew. Gurau je kay..

Cara terbaik ialah pakailah serkup kepala (inner) jangan bukak2...  room mate2 saya semua macam tu, mandi pun dengan serkup kepala uolzz... alhamdulillah bebas rontok nampaknya mereka.

Tentang dam tu.. kena bincang dengan mutawif berapa helai yg telah gugur.. then bayar.  Masa belum pegi dulu saya ingatkan ada orang yg mengawasi "kesilapan" kita pastu kena dam.. hihi..  rupa2nya kita sendiri yg kena pantau kesilapan2 kita.

Nota :.   Kena tahu mana yang dimaksudkan TANAH HARAM dan TANAH HALAL.



PELAJARI CARA SOLAT JENAZAH

Di Masjidil Haram,  selesai solat fardhu dan berdoa tu jangan terus bergegas pergi...  kalau nampak kiri kanan masih berdiri2... tu mungkin tengah siap2 nak solat jenazah.   Pahalanya amatlah besar sekali menyamai JABAL UHUD. 

So, dari Malaysia lagi uollz siap2 kan lah diri mempelajari cara2 solat jenazah.



Roti Arab yg besar gedabak!




JAGA KESIHATAN SEBELUM HARI ARAFAH

Hari arafah adalah hari kemuncak di mana seluruh jemaah akan berkumpul.    Sebelum tibanya waktu tersebut, jangan dok merayau2 kang kena batuk plak, batuk debu.
 
Kalau dah sakit tak syok ler pulak kan nak berzikir atau berdoa, solat dan sbgnya.  Tambahan pula kita akan tinggal dalam kemah beramai2 tak kira pangkat dan darjat.  




Spt yg dinyatakan oleh Ustaz dlm video kenangan ini, sesiapa yg tidak berwukuf di Arafah, hajinya tidak sah.  Jadi sila la jaga kesihatan diri anda.









Pemilihan fabric juga amatlah penting demi menentukan tahap keselesaan bergantung cuaca tempatan.  

Sbg perantau Australia yg dah biasa dengan cuaca dingin, it was very hard you know.. and  took a while for me to acclimatize with the weather in there.. (speaking la jap) tapi alhamdulillah Allah Maha Pengasih dan Penyayang tetiba dikurniakan hujan pada hari kejadian.   So tak lah panas sgt.. tapi sering disakat Makcik2 sejemaah.. orang Ostrolia mana tahan panas.. Haha..

Yang berlonggok2 tu orang berjualan..
Pix diambil sepulang dari mabit  - Hari last





SENTIASA BAWAK KURMA

Manisan kan penting, especially untuk energy.   Bawaklah dalam hand carry kita tu.   Sekurang2nya kalau bukan kita yg memerlukannya, mungkin untuk rakan2 jemaah.  Team kami aritu ada dua org yg mengalami hypo akibat malam tu kami cuma makan roti (kita kan tekak Melayu nasi kena ada kan?).. dan esoknya bergegas ke Mekah untuk tawaf.   


SAMBAL

Kalau nak berbakti dgn kawan2.... bawaklah sambal dari Malaya.   Pasti jadi  rebutan.
Teringat betapa sedapnya sambal kering Makcik Utaqa tu... Dan sambal hitam Pahang Datin H...  Masyaallah tetiba rindu plak saya nak makan.  Yummy!.






Toilet di Arafah


Ubat Batuk

Semasa di sana, ubat batuk made in Malaysia yg dibawa oleh kakak room mate sangat berjasa atas izin-Nya.  Macam lebih serasi jika dibanding yg dibeli di Mekah. 

Ada juga kawan2 lain ikhtiar dgn cara lain.. antaranya minum kicap.   Atau mungkin boleh cuba guna hirisan bawang bombay + madu seperti yg dikongsikan oleh Doktor ini.


TAK SEMUA TIP SESUAI UNTUK KITA

Sebelum pegi ada terbaca saranan di sebuah group FB, bawak telekung saja tapi tak payah bawak kain dia.... tapi apa yang berlaku amatlah berbeza sekali Puan2.  Sebabnya sekali sekala kita hanya mampu solat di bilik.... dan ketiadaan kain  tersebut amatlah menyulitkan sebab kita terpaksa cari stokin.   HAND SOCK juga sesuatu yg penting sebab kita nak melontar jamrah.

So kesimpulannya... bawalah mana yang kita rasa selesa dan ikut syariat. Jumlah bilangan berapa jubah, stokin, baju basahan dll adalah SUBJEKTIF pada individu. Ada orang dia perlukan kurang, ada org perlu bawa lebih baju. Bergantung kpd sejauh mana mudah atau susah untuk kita basuh atau mendobi baju di sana.






Manik mengira jumlah tawaf - bawak mendalah ni senang sikit.   Ketika tawaf fokus!.  Jangan berubah niat plak.  FOKUS!.  






Antara doa yg dianjurkan ketika di Arafah.

Masa ni kami kena bawak tikar sebab nak kena duduk tempat lapang.  Muat2 untuk 2 org.. Tak yah gedabak sangat kang penat plak nak mengangkut.





Bimbingan secara on line masih diteruskan  oleh kakak saya (Ustazah S.A) walaupun ketika saya sudah di Tanah Suci, especially bab hukum hakam.





Masjid QUBA - bersolat di sini menyamai satu umrah.  Masyallah.
Sebab tu la para wanita yang tak haid atau mungkin dah menopouse sangatlah beruntung sekali.
Ada tu yang pagi2 dah pegi dengan teksi.





Beli rantai ni semata2 untuk mengenang memory silam (arwah ayah pernah belikan dan hilang ditelan waktu)








Menziarahi rumah kawan hubby di Madinah, berborak sampai awal pagi.








Tetiba patriotik... haha...
Menyambut Kemerdekaan Malaysia di Tanah Suci..
Pic dari atas bas masa bersiap2 untuk pulang ke tanahair.







JANGAN CERITA DINGORAT ARAB

Orang2 sana memang peramah, suka budak.   So pesanan saya jangan pula bila balik kita beriya cerita dgn orang kita dingorat Arab dsbnya.   Entah la... saya rasa macam tak manis pulak kalau kita cerita sebegitu.. sebab org sana memang peramah dgn semua pelancong. Marketing strategy la tu.. Even nenek 70an tahun pun dorang akan beramah tamah.   Tak tau lah org lain... Lain org lain pandangan kan... this is my personal opinion...  apa yg saya perasan... kita jgn jalan seseorang untuk mengelakkan semua tu dari berlaku.  Pakai niqab jika "mampu".


In fact... saya ada juga jalan sensorang sebab ada hari kita "tak boleh solat" kan.. nak minta hubby teman nanti mcm mengganggu ibadahnya pula.   So pandai2 lah jaga diri.  





Sepulang haji, terdengar ulasan seorang Ustaz ni.. di YouTube..


Maksudnya kita kena husnuzon dgn Allah..




Akhir kata, saya doakan semoga anda semua dapat menjadi tetamu-Nya dalam masa yang terdekat ini.  

"Allah bukan mengundang "yang mampu" tetapi memampukan yang diundang".


Pengalaman di sana... alhamdulillah sangat indah sekali dan akan selalu dirindui.  Saya ucapkan jutaan terima kasih khasnya kepada suami sebab Allah telah gerakkan hatinya memberikan peluang yg sangat bermakna ini.    Moga Allah menghadiahkan beliau Syurga tertinggi.  Aaamiin Ya Robbal Alaminnn.





p/s. :.  Moga bermanfaat... Dan pada yg berada di Tanah Suci nanti jangan  lupa doakan saya ya.... saya cuma minta doakan... "Penulis blog Miss Mirror, Puan Sam diberi rumahtangga yg sakinah, pulang  dgn HUSNUL Khotimah dan dikurniai Syurga Firdaus... Masuk syurga tanpa hisab. Aamiin...".


Nota :.  Sila baca juga tentang RAHSIA di Masjidil Haram   untuk sedikit maklumat yg mungkin berguna.   Boleh juga lihat gambar suasana jam di pagi aidil adha dan tempat melontar.