Sunday, July 10, 2022

Raya Haji 2022

Assalamualaikum.  Salam aidil adha.

Pagi tadi ke pasar, lenggang.   Maybe peniaga2 di situ baru menyambut aidil adha pada hari ini (sama macam anda di Msia).   Whereas kami pulak menyambutnya semalam, Sabtu 9hb.  




Sebagai menghiburkan seisi rumah  dan membangkitkan semangat raya, petang Jumaat tu ai masak ler juga menu raya.. i.e rendang kambing dan nasi impit, sambil stand by kot2 bleh  bawa untuk potluck kat mesjid keesokkan paginya... tapi last minute cancel plan  pegi mesjid yg lain, (di mana mesjid ini tak de acara potluck mahu pun makan2, so tak jadi bawak rendang tu).  




Ok juga cari pengalaman baru di mesjid baru, kalau asyik ke mesjid yg sama saban tahun, takut orang kat sana boring pulak asyik2 muka Makcik ni je menebeng kat sana raya2. (Haha.. gurau).

Nota :.  Mesjid ni ada lah sebuah bangunan kilang yg disewa menjadi mesjid.

Tahun ni terlalu banyak pilihan beraya kat Perth ni, hampir semua mesjid ada aktiviti.  Tu yg jadi 'rambang mata' nak pilih lokasi.





Balik mesjid kehujanan, singgah makan kat cafe.    




Balik rumah kejap, rehat2.   Petang masih hujan lagi.  Akibat dah tak de idea nak beraya ke mana,   beraya plak kat hotel melayan selera anak3 dan ronda2 Perth City. 

Begitulah kisah aidil adha kami tahun ini.    




2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.