Assalamualaikum and morning!!.
Sepulang holiday, otak pun kembali fresh. Anak2 bulus pun tetiba bertukar jadi lebih matang dan penyayang. Chanel tak keluarkan kuku lagi bila didukung. Insaf kot agaknya sebab Mama tinggalkan dia. Thanks Mr Hensem sebab tolong jagakan. Vet tutup weekend, kami tersilap plan.
Ok kita throwback cerita holiday.
Pagi2 masak nasi goreng di homestay berlaukkan sardin dan telur saja. Halal meat kurang terjual di sekitar homestay, tapi nak berbondong2 bawak ayam, daging segala bagai dari rumah untuk perjalanan yg jauh begini rasa tidak praktikal dan malas nak take risk walaupun ada penyimpan beku untuk travel. Sementelah niat ke sana kerana cravingkan lobster.
Konsep holiday kali ni tema "Mr Bean". Kalau boleh semuanya cenonet dan berus gigi dipatah dua supaya kecik. Kalau tak kerana winter, pasti luggage jadi mengecil sebab baju2 winter memakan ruang. Finally TERpakai juga enamel mug cenonet yg dibeli kemarin. Next time kena beli teko dia plak lah.
Anak3 kata Mama ni OCD.. tapi kettle yg tersedia terlalu berkarat (biasa la homestay lama), tak gamak untuk membiarkan family ai minum kopi karat pulak. Jadi ai masak air guna periuk yg dibawa untuk masak lauk pauk tadi tu lah. Biar lambat asal selamat.
Alhamdulillah walaupun tahun ni tak menjadi tetamu Arafah, dapat juga menyelusuri padang pasir tapi ni versi sejuk 17 C. Jelez dengar duyufurrahman tahun ni dapat haji akhbar. Masa kami dulu sebab ramai.. dorang batalkan. Mungkin takut sesak dsbnya. Begitu la seingatnya. Wallahualam.
BTW happy for them.. finally visa lepas juga saat2 akhir walaupun ada yg dah pegi air port balik lagi last week atas sebab visa. MasyaAllah mereka tetap sabar dan tenang. Dugaan sentiasa menjadi peneman kerana di sebaliknya adalah hitungan pahala. Gunakan la peluang itu sebaiknya sebab peluang belum tentu muncul untuk kali kedua tambah2 now ni limit umur pula menjadi batasan.
Kucing pun insaf lepas kena tinggal.
ReplyDeleteMengembara/melancong banyak hikmah.
Rare enamel mug cenonet tu Kak Hajah.. Tahun ni ramai bakal jemaah haji hadapi masalah visa lambat lulus.. Allahu ujian buat mereka..
ReplyDelete