Saturday, August 1, 2020

Berkain Batik Di Pagi Raya Aidil Adha 2020

Salam Eidul Adha Maaf Zahir dan Batin..
Beraya di perantauan je.  Nak balik karang.. dicop "kayangan" pulak. Hihi..



Semalam pepagi dah ronda Fremantle.  Sebagaimana ai tulis sebelumnya.. akibat kansel nak beraya dgn sahabat seperantau di Taman Bunga.

Sejak Covid melanda, kami dah lama tak menyinggah ke kota pelancongan itu.  Skg keadaan dah reda dpt la berposing raya di sana.    Baju raya masih di benua lain.. jadi kami pakai je apa yg ada.



Akibat dah lama tak ke sana..  kami pun tak tahu sama ada mesjid di sana masih wujud lagi atau pun tidak.  Masa last kami pegi, bangunan tersebut dah dihuni orang.. tak tau lah skg.  Jadi.. kami pulang solat zuhur di rumah sebelum sambung beraya ke Optus Stadium plak.  Sempat tukar baju dan ganti je dgn kasut sukan.. lega rasanya.



Anak Merajuk

Alhamdulillah walau raya haji kali ni tanpa ketupat rendang.. yang penting kami ceria. Menu kami tahun ni made in kedai je.. sekaligus celebrate Qistina exam untuk membuang rajuknya.   Merajuk sbb exam aritu kami tak de treat dia apa2.  Laaa.. sorry la sayang di atas kealpaan ini.

Mungkin sbb selalu kalau Shashal dan Ain lulus apa2.. kami bawak keluar makan.. walau kdg sekadar kedai pancake.  Motif untuk memotivasikan mereka utk lebih cemerlang lagi sebenarnya.
Untuk Qistina ni sebab prestasi selalu consistent (alhamdulillah).. jadi Mama pun sekadar wish congrats dan continue mendoakan.  Astagfirllah.. Moga jadi pengajaran buat Mama di lain kali untuk berlaku adil dan saksama.




Dlm pada dia merajuk tu.. tetiba bagi Mama dia present ni plak.  Kikiki.. Terima kasih.. Nak bagi Mama dia happy di pagi raya la tu.. alhamdulillah.



Balik rumah dah nak maghrib.. so cuma sempat masak odhen je.

Begitu la episod Raya haji kami tahun ini.  Sekian. 

10 comments:

  1. Selamat hari raya aidiladha!!

    ReplyDelete
  2. Salam Eid Adha.

    sedap Oden tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sedap sungguh kami buat kali ni Kak Ajwa.. hihi.. rezeki Aidil Adha kot..sbb tak dpt mkn rendang.

      T.kasih ucapannya.

      Delete
  3. selamat hari raya kak.. bila nak balik malaysia

    ReplyDelete
  4. rindu pada bumi australia.. cewah macam bertahun je duduk sana bunyinya. tapi mmg rinduuu sedih x dpt terbang..

    nanti kalo pegi perth lg kite hello2 ya =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak bleh janji tau Siti..
      Ada waktu2 nya Akak bertukar jadi pemalu utk ditemui.. tapi if you need help boleh je hello2 kay.

      Delete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.