Monday, August 3, 2020

Nekad untuk MOVE ON...

Tak baik pula berhenti berharap..
Sebab kita sebagai hamba-Nya harus jangan berputus asa dengan rahmat Allah..
Tapi kali ni.. ai nekad untuk MOVE ON demi kebahagiaan hati..
Tampak indah tapi yg ku kejar hanya bayangmu..




Waktu2 begini.. teringat seorang teman ai..
Somali.. 10 tahun tak de zuriat..
Stress 10 tahun..
Tapi satu hari di tahun ke 11.. tetiba beliau mendapat satu taufik dan hidayah... merodhoi segala takdir..
Beliau pun menjalani hidup dgn tenang tanpa memikirkan lagi "permasalahan" tersebut.. riang ria bersama suami tercinta menerima apa adanya..


Long story short..
Di suatu pagi nan hening.. beliau tetiba
muntah2.
Eh! DOUBLE LINE..
Alhamdulillah..
Moral of the story... stress hanya menambahkan lagi masalah yg dah sedia ada.  Pengharapan yg terlalu tinggi hanya membuat dirimu kecewa.. So..
Buat biasa2 sahaja.. kerana segala skrip telah tertulis pun di Loh mahfoz.


Eh pesal ai cerita pasal zuriat bagai?.
Nak baby lagi ke?. 🤭😆😆😆😆.
Tak lah... kisah ai berlainan plot.
Sila baca diagram di bawah..



"Pos Malaysia to temporarily suspend international parcel.."

Entah la ai ni..
Sejak duduk sini kecintaan pada baju2 kurung makin meledak2..
Mungkin sebab cuaca yg sejuk..
Kita Jadi selesa nak pakai..

Tapi akibat Pos Msia dah buat lagu tu..
Ai pun nak move on lah..
Tak mo dah follow insta2 fesyen tanahair lagi..  Mereka tu kadang pun jadi asbab keminatan (betul ke BM ai ni?) ai pada fesyen2 kurung terkini... dan juga tudung2.
Terpaksa UNFOLLOW nampaknya ni dari tercuci mata pastu kecewa..
Ku tak ingin berharap pada yg tak pasti..
Indah.. tapi yg ku kejar hanya bayangmu..



So dah move on ni..
Kita beli je baju2 kat sini ye..
Hargai apa yg ada di sekeliling apa adanya..
Corona telah memisahkan kita..
Bertabahlah Malaysiaku..


Tadaaaa!!!.   Now ai dah block sebahagiannya.  Khe3..







P/s. :.  Byk juga yg nak diunfollow tu.. tapi Kang kalau balik Malaysia tercari2 balik plak segala butik2 tu.   What say you?.



3 comments:

  1. sekejap saja tu kot kan sebab kes meningkat. nanti okay da tu boleh order balik =)

    ReplyDelete
  2. i just wanna say "BERTABAHLAH" fren

    ReplyDelete
  3. Owhh ingatkan frust apa ke bendanya tadi.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.