Tuesday, August 4, 2020

Melbourne dan Kedah

Belum sempat melihat carta covid setempat hari ni.. tapi selalunya kat sini ok sahaja.  Terima kasih Allah dan Scott Morison.

Pray for Melbourne anyway.. sedang lockdown di sana (needs to mention here sbb selalu org ingat kami semua lockdown).  Victoria is under Stage 4 corona virus restrictions right now.

Untuk Malaysia pula.. Kedah.. PKPD.

Tapi itu bukan tiket untuk kami di Western Australia hu ha ke sana ke sini.. ke sana ke sini (dibaca dgn gaya TMY ye..).   Waktu2 macam ni kalau tak de hal penting.. ai prefer duduk rumah je.   Lebih menenangkan jiwa.   Weekend ni pun ada Eid Carnival besar2an di Park dan inshaallah sekali lagi kami tak akan pergi.





Waktu2 dunia sedang bergelut dgn kuman2 jahat.. tak kira betapa lembut mesra manusia sebelum ni pun.. kadang ada yg bertukar rupa.. sbb tu ai prefer duduk rumah.. bukan hanya kerana Covid.

Because..
Pain changes people...
Some become rude..
Some become silent..


Sebab tu.. kalau kita keluar rumah tetiba terjumpa orang yg bersikap agak pelik.. Sila abaikan saja.  Ada ke sebesar2 pintu.. bleh pulak makcik tu nak juga lalu depan ai dan mendengus EXCUSE ME!.   Sah!.  Mungkin tgh tensen tak dapat jumpa boy friendnya yg terkandas di Victoria (akibat tutup border) atau mungkin  anaknya di US sedang nyawa2 ikan melawan covid.. atau mungkin baru kalah berebut toilet paper di pasaraya.

Biarkan saja..
Senyum dan doakan kesejahteraannya..

Waktu2 begini kita kena banyak memahami orang lain.  Jangan salahkan netizen sangat.. jika jari mereka menjadi jahat tetiba.  Mungkin sedang kelaparan, hilang kerjaya.. dan tetiba media sosial pula asyik menyogok kisah2 rumahtangga berantakan yg tak menyumbang langsung pada perkembangan minda sejagat. 
Fokuslah pada post2 yg berinformatif dan mengurangkan kecelaruan insani..


P/s :.  Pople out there dying of depression and can't tell nobody because we tend to gossip about them instead of helping.


* Sekadar sebuah pendapat peribadi


2 comments:

  1. tulaaa tngk kwn saya di Melbourne dok update fasa2 lockdown. semoga Malaysia x kembali lockdown. take care akak disana..

    ReplyDelete
  2. berhusnuzonlah..sesuatu yg berlaku mesti ada sebabnya. kalau tiba-tiba ammi naik angin maknanya adalah sesuatu yg trigger perkara tu sebab ammi ni kan mcm miow...manjeeeeee jerrr ahaksss

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.