Showing posts with label Raya 2020. Show all posts
Showing posts with label Raya 2020. Show all posts

Tuesday, June 16, 2020

Akhirnya Baju2 Kurung Telah Berjaya Diambil

Terima kasih kepada semua tailor2 kami yg telah bertungkus lumus menyiapkan baju2  kami (nak sebut baju raya pun.. raya dah habis kat Aussie ni).. so kami sebut sebagai baju gi library je lah!. Boleh?. Haha..  Dah jadi habit sekarang ni asal jenjalan bandar je berbaju kurung.. sampai Ain kata..

"Mama je semangat raya..".

Ya la.. jgn berharap raya je jika ingin berbaju raya..

Don't ever save anything for a special occasion. Being alive is the special occasion.

Ha gitchew!!  Let's celebrate life!!.

Nak harap raya haji plak... takut!.  Takut harapan nak beraya termusnah sekali lagi.. kang menangis.. selagi mana border masih ditutup.. dan selagi mana Australia  blom umum zero macam New Zealand.. selagi tu masih berwaspada.

Yang benornya semangat nak raya haji blom muncul lagi.. nak kena abiskan hutang posa dulu kot baru timbulnya aura2 nak beraya tu.







If this looks familiar to you...it's because I have posted this pic before..
Saja kumpulkan balik dalam ni sbg kenangan hari muka.   Thanks Kak Ida for all the bajuszz.. love its so much!.   Ada beberapa helai sebenarnya yg kami tempah dgn Kak Ida.. tapi beliau lupa nak snap kot.  Atau pun ai dah terdelete?. Eh!  Lupa plak.. sebab lama naw tak ambik2.. haha..


Anak Dara Belikan Kain

Yang ni plak tempah dengan kawan sekolah..  Azie nama dia..   Kain2 ni ole2 dari Ain.. jadi segala kaler dan fabrik ikut selera dia.  Alhamdulillah dah jadi baju.. lawo pulak.



Masa dia balik holiday berbondong2 dgn kain2 tu.. dia suruh pilih.. so ai pilih la yg ada tanah merah (pix bawah ni).. sebab nak lari dari kaler hijau. Alhamdulillah bila jadi baju nampaknya merah lebih mendominasi. So pix atas tu dia punya.  Yg last tu si adik.  Dia ada juga belikan Atok selai.. blink2 biru.






Ok done cerita pasal baju.  Jgn tak tau.. ini pun satu bentuk terapi tau!.  Eh lupa.. ini adalah entry penghargaan untuk semua krew2 yg terlibat (Si Ain dan Tailors) dan juga beliau2 yg telah menolong kami menghantar kain2 tersebut.

Thank you very much!

Tuesday, June 2, 2020

Epilog Daun Maple Di Bumi Kangaroo

Assalamualaikum uollz..

Bila ternampak baju floral2 ai ni tetiba teringat permintaan teman blogger yg belum tertunai, Mama Yan.

Bukan beliau mintak baju pun.. sekadar request untuk zoom out gambo DAUN MAPLE jadi besar gedabak je.. sonang bai tu bah.. nanti belanja Ahkak nenas tau Yan (gurau).

(apa kaitan dgn baju plak?.  Oh..  kaler dia.. look alike.. haha.. nampak tros teringat daun maple yg coklat2..).





Maka bermula lah episod pengambaran di sebuah lokasi rahsia.  Ai tak pasti maple kat sini jenis spesis apa.  Btw.. kalau yg kaler merah selalunya jenis Canadian Maple.  Tapi yg ai jumpa kali ni coklat2 je..


Maple sebenarnya berjenis2.. ada Japanese Maple, Black Maple.. dan bla bla bla..





Sirap Maple

Sirap Maple yg anda curahkan di atas pan cake, over night oat atau juga  scones adalah terhasil dari maple jenis Sugar Maple, Red Maple, Black Maple atau beberapa jenis lain yg tak mampu ai tuliskan di sini.. kang blog ai jadi novel plak.    La la la...






Ok done zoom!.  Begitu la rupa dia bila telah berguguran.  Ia tetap jelita tak dimakan dek usia.. mungkin berkat air wudhu dan rajin berzikir di malam hari, berbakti pada penduduk bumi mencantikkan bumi kangaroo ini atau menjadi tempat burung berteduh dan pelancong selfie welfie.  Benda yg baik ramai sayang.. begitu juga insan.  Tua pun akan disayangi jika ikhlas dan tak kuat membebel..



Buah dia plak begini.. bulat2..

Menggugurkan daun2 "mereka" merupakan salah satu cara bagi tumbuhan tersebut untuk mempertahankan diri dari perubahan suhu ekstrem... peralihan musim panas dan sejuk..




Ini yg masih hijau..  Oleh kerana ai ni bukan "orang pokok" (tanam rumput pun bleh mati) ai selalu confused antara daun maple dan mulberry.. sebab bentuknya yg seakan2.


Kalau kat Malaysia, daun mulberry dorang goreng crispy2.   Begitu juga maple ni pernah juga dengar tapi tak pasti la pulak.. jgn dicuba kalau tak tau.. Kang sakit perut plak..


Ok la.. babai.. ai nak masak lemang (rendang dah siap).. tapi dalam cawan kertas.   See you and enjoyszz!.


#rayake10

Monday, June 1, 2020

Epilog Pucuk Ubi Belimbing Buluh

Assalamualaikum uollz..

It just my personal opinion..
Andai ai ni AJK Kampung (tak yah berangan nak jadi menteri or Mak Lurah bagai... jadi AJK je cukup kay... Kekeke..).   Ai akan kerahkan dermawan2 untuk membantu orang2 susah dgn menyumbang pokok2 ubi dan menanam di sekeliling rumah mereka.

Sapa yg tak de tanah (kot duduk flat).. mereka akan dihadiahkan pohon2 hidroponic.  Satu rumah tiga pasu cukup la kot.

Maka.. biarlah mereka menyiram tanam2an tersebut dan dimakan ketika dlm kesusahan..




Dah kenapa tetiba you berangan sampai ke situ Sam?.  Hahahaha..  sebab happy dapat makan pucuk ubi udang belimbing buluh di pagi Isnin nan mulia entah lebaran ke berapa tak sempat nak kira tapi tetiba teringat orang2 susah yg tak dapat makan terbaca di FB, hilang keja sejak Covid.  Sekadar terbaca di ruang komen makcik2 bawang...  Lohh.. gigihnya ku baca ruang komen.  Haha..

Berbalik pada menu ai masak tu.. it's  supposed to add some coconut milk.. tapi tak sempat beli.  Lagi pun ai pernah makan kawan2 Indo masak pucuk ubi tanpa santan ok je.. sedap!.

Kami makan ramai2 di atas tikar di sebuah tanah lapang di sebuah daerah bernama Burnburry ketika itu.  Akibat Covid, perjumpaan sebegitu tidak berlaku lagi.   Sedap sungguh kawan ai masak ayam carik2 (mcm kita buat Soto ) digaul dgn sambal belacan dan hirisan bwng merah.  Yg ku pelik bila ai bagitau beliau akan menu tersebut.. beliau langsung tak ingat.  Lahaii kawan ai nii..


Well.. untuk mereka yg sedang diuji kesusahan di luar sana..  there is always a golden nugget in all situations, you only need to dig deeper to find it.


Nota :

Hari ni Shashal and Qistina cuti public holiday.  Si kakak, Ain tak cuti pulak..


Untuk anak2 dara sunti :-

Pucuk ubi tu harus la direbus dulu dan tos perah ye.. utk menghilangkan getah dan rasa pahit dia sebelum dimasukkan ke dlm tumisan.

Wednesday, May 27, 2020

Khutbah Raya 2020 Yang Mendamaikan Jiwa

Assalamualaikum uollz..

Haritu ai ada bercerita tentang khutbah raya tu kan?.  Eh tak.. penyampai khutbah a.k.a Pak Imam.   Masyallah.. ai rasa beliau mampu membangkitkan keinsafan.. atau erti kata lain.. ada aura dan messagenya sampai kepada pendengar.  

Bayangkan.. ai mulanya mengantuk di balik telekung baru yg kupanggil "telekung kecewa" sbb sepatutnya ku pakai untuk terawih bersama ibu mertua yg tak jadi dtg.  Mananya tak mengantuk.. mlm raya sibuk merendang.

Bila beliau (Pak Imam) sebut tentang kenapa kita diuji (Covid).. sekelip mata segala sedih yg bertandang di sanubari hilang begitu saja. Syaitan2 yg bergentayangan dan main buai di kelopak mata tetiba putus jari2 mereka jatuh ke lantai.. lantas menangis pengsan mati anak beranak sebab telah gagal membuat ai tersedu sedan di Hari Raya yg mulia.   Padan la muka dia!.  Balik lah dirimu ke tempat asalmu.. 




Antara hikmah Covid.. kat bandar parking free.   Thanks Australia.  Lop U.



Pohon2 maple berdaun Merah sebenarnya banyak kat US je.. tapi syukurlah ada juga kat sini.   Ni pun penyeri Aidil Fitri.




Catatan ini dibuat di raya ke empat.. tak sangka masuk hari ni ada tiga jemputan berSOP (limit 20).  Alhamdulillah.. ada juga org sudi jemput raya.  Tapi... satu pun ai tak pegi.   Bukan sebab takut Covid atau apa.. ai yakin kawan2 ai sihat2 belaka.. cuma tetiba mood raya ai ke laut.. haha.. semua atas faktor cuaca.. sejuk!.  Takut ribut taufan.

Thanks to all my fav shopping complex for 
any sales especially scarfs and hijabs
before the Eid..  



Btw.. Jika kita tak dpt pegi open house.. haruslah maklumkan awal2.. at least quota 20 tu mereka boleh jemput yg lain.  Tapi ini hanya di Aussie sahaja ye.. tidak valid di Msia lagi.   Uoll di sana bersabarlah. Tunggu "Hadiah Besar" Allah akan bagi untuk kita semua nanti.  Aamiin Ya Robbal Alaminnn..


P/s :.  Lupa nak tanya kawan2 kat Malaysia khutbah raya korang apa tajuknya?.

Monday, May 25, 2020

Episod Raya 2020 Di Musim Covid

Assalamualaikum uollz...

Dah upload kat FB pun menu2 raya kami sebenarnya.. tapi masih ada juga yg tanya kami masak apa.   Ok kita upload sekali lagi.. kat blog pulak.. sbg kenangan.

(Sebut je "kami".. tapi sebenarnya ai masak sensorang.. saja manjakan anak... Kah kah kah.. tak de lah, Ain busy dgn studynya ketika itu.. Hari lain ada juga Ain masak.)



Rendang Daging


Sambal kacang



Sambal goreng


Perlu ke menu ala2 Malaysia di hari Raya??.

Sebenarnya boleh je nak skip menu2 raya.. sebab hubby pun cuma request Laksa for the first day Eid.. dan anak3 kata tak de rendang pun tak pe.. sebab mereka bukan obses.. tapi ai rasa macam tak gamak pulak..  Ai takut kalau nanti kawan2 kat Msia upload menu2 ketupat bagai tapi mereka cuma ada speghetti goreng.. eh!. macam kesian pulak kann..

So malam raya lepas balik iftar di perbukitan Kingspark yg dibanjiri ramai org ketika itu.. ai pun masak lah.

Ni pula menu Raya ketiga
Lontong Goreng..
Bukan ketupat berderai tp ai tambah lebihan nasi dari terbazir


Kuih raya utk mkn sendiri..


Pagi2 dah set jam bangun seawal pagi untuk bersiap ke "Mesjid".  Kena bawak sejadah sendiri, wajib mask, limit 20 sebagai pematuhan SOP.  Sanitizer ada disediakan... duduk jarak2.

Masyallah... sampai sana sayu yg amat.  Tiada lagi teman2 tersayang yg selalu memeriahkan.. sebab kena ikut turn dan ikut SOP semua kena cepat2 balik.. tak mo salam2 bagai. So kami pun cepat2 blk..
Tidak merungut.. sbb dah dapat peluang pun dah alhamdulillah...


Ribut Taufan

Just I told U before.. ribut cyclone bakal melanda.  Ya.. memang ia berlaku tapi alhamdulillah tidak seteruk yg kami bayang.. cuma kemusnahan berlaku di area2 pedalaman sana. Takziah utk mereka.




Kesimpulan dari episod raya 2020 kami.. alhamdulillah.. sebenarnya ini cara Allah supaya ai berjimat, sebab kos OOTD decrease kot if compared to last year.. beli 2 helai baju (Tema western) pun selai lagi tak sempat pakai.. sbb balik "mesjid" tu bermakna tamatlah Raya kami tahun ni.. no more open house, potluck etc.

Penambahbaikan di raya akan datang ialah.. beli instant ketupat yg kecik2 sbb lagi comel (because I cooked two types and can see their different). 

Anda pula bagaimana?


#covEID (eh!. curi hashtag Mama Miraki)
#eid2020
#social distancing

Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk muslimin dan muslimat yang singgah di blog ini.

Walaupun raya tahun ni disambut sangat sederhana akibat Covid 19.. masak menu raya adalah tetap.. demi melihat anak3 gembira. 

Alhamdulillah rendang daging - done!.
Sambal goreng - done!.
Kuah kacang - done!.




mengakhiri puasa di Kingspark


Esok dijangka ribut taufan melanda Perth.  Sapa2 nak keluar rumah jgn lupa bawa payung.   Anak kucing jgn dibiar merayau.
Tak mo main computer.

Wednesday, March 18, 2020

Baju Raya 2020

Kita ni sekadar hamba-Nya yg kerdil.
Kadang2 kita plan macam dah "sempurna"..
tapi yg jadi sebaliknya.   Tapi.. ajarlah diri untuk menganggap semua tu sbg HADIAH dari-Nya.. kita akan tenang dan terasa disayangi.

Apa yg ai crita ni sebenarnya?.
Kisah Covid 19 dan lebaran..


Tahun ni kami tempah baju agak banyak (kalau nak dibanding tahun lepas ler.. jgn bandingkan dgn artis).   Semuanya angkara belajar dari last year,  masa tu baju suami tak muat sbb beli last minute.. tu yg tahun ni awal2 lagi dah tempah dgn 2 org TAILOR TERSOHOR nun di Malaya sana dgn harapan untuk rasa lebih "sempurna" di pagi raya nanti.  Tapi bila mikir Covid 19 ni..... emmm entah lah.  Kita tunggu dan lihat lah.. Sambil berdoa.



Antara baju2 yang kami blom sempat ambik..



Pic Ihsan tailor tersohor..
Thanks Kak Ida.




Itu saja yg ai nak upload.. 
Lain2 rahsia... Kekeke... Bajet diva.


Punya lah rakus... Tempah baju sampai dgn dua org tailorssss.. (Sorang lagi Azie..). 
Bukan apa... Dah alang2 terjumpa dorang..
Tak sah pulak rasanya kalau tak menempah baju. 🤭.   Sib baik juga tailor Perth ni ai dah terhilangkan nombor.. kalau tak kang TERtempah lagi.   Nauzubillahiminzalik.. ingsop2 sikit...  Entah nak pakai gi mana.. summer pun dah berakhir dan perhimpunan beramai2 pun dah tak dibenarkan lagi gara2 Covid ni.


p/s. :. tapi sejak musim2 nun di Malaya tgh "Perintah Kawalan Pergerakan" ni.. ai terasa mcm bulan posa plak.  Macam ada nikmatnya yg tersendiri.  Ai tod ai sorang.. kwn2 pun rasa yg sama.