Monday, September 21, 2020

Jangan Mendahului Tuhan

Assalamualaikum guys..


Everybody in this world is a genius. But if we judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid.


Ibaratnya kalau ANAK.   Anak umpama bertih2 jagung di dalam air fryer (anda dah cuba masak pop corn dlm AF??.  Oh ai blom lagi.).   Dgn suhu yg sama, dan kadar masa yg sama TETAPI... tiap satu biji dgn yg lain letupannya tidak senada... tapi pengakhirannya kesemua "mereka" tetap akan meletus!. Dgn bentuk berbeza2 tetapi tetap boleh dimakan.  Kesimpulannya jgn pernah bezakan anak3 kita dgn anak2 org lain.   Dan kita pula jgn wat hal dgn anak2 org lain.. supaya hidup kita aman sentosa tidak dibenci org.






Cerita yg ai dapat dari wassap ini bagai ada hubungkait dgn intro..  silalah baca jika ada lebihan masa..


"NOVEL.."

Alkisah suatu hari, seorang Profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang lelaki.  (Kat Venice kot ni ada sampan bagai).


Di tengah-tengah sungai, Profesor bertanya, 

"Kau pandai menulis dan membaca?"


"Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan.


"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."


Tidak lama selepas itu, Profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan di bank?"


"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."


"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."


Sampan terus bergerak.


Tiba-tiba langit jadi hitam pekat dan petir sabung menyabung........Hujan pun turun dengan lebatnya.


Air masuk dengan banyaknya ke dalam sampan dan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor, 

"Tuan, adakah tuan pandai berenang?"


"Er, err... saya tidak tahu," jawab Profesor panik.


*"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"*


*Pengajaran :*

1) Allah tidak mencipta manusia dengan *kebodohan.* Sebaliknya, Allah mencipta manusia dengan *kebijaksanaan & keistimewaan yang berbeza.*

2) Perlunya ada sikap tawakkal kepada Allah... dan jgn mendahului-Nya dgn membuat ramalan2 tak berasas.

3). Tuhan menciptakan setiap manusia dengan kebolehan masing- masing yang tersendiri.



P/s :

Entah la Professor mana la plak tu??. Hihi... Yg pasti bukan org2 kita.   Itu lah yg dikata, "Ilmu tanpa adab.. tiada makna".   Semakin tinggi mendaki sepatutnya makin berhati2 sebab jurangnya semakin curam dan menggerunkan.


4 comments:

  1. alamak...kena audit kata kata sebelum dikeluarkan ke alam nyata...

    ReplyDelete
  2. betul tu..ilmu tanpa adab tidak akan kemana2..

    bab menggunakan popcorn sebagai contoh tu i loikeeee

    ReplyDelete
  3. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan. Dan kita manusia tak perlu compare atau menentukan hidup orang lain dengan cara kita. Hidup kita semua pun berbeza jalan ceritanya. Allah maha mengetahui segalaNya

    ReplyDelete
  4. betul.. org yg beradap adalah org yg berilmu. Insya Allah

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.