Wednesday, September 23, 2020

Putuskan Rangkaian Sedih dan "Hodoh"

Assalamualaikum guyss... 

Haiiii... Morninggg!!!

Nak marahkan anak jangan di waktu pagi.  Makanya sabarkan saja hingga agak petang.   Bukan saja tidak elok untuk mereka malah untuk diri kita sendiri.  Muka jadi cambrut, takut orang lain di sekeliling kita pula terjangkit "kehodohan" rupa kita.. becauseeeee... we are the product of our environment.  Senyuman boleh berjangkit2, begitu juga dgn kemasaman wajah.   Putuskan lah rangkaian kemasaman wajah sebagaimana memutus Covid. Ha gitchew.

Kalau omputeh mampu lakukan.. napa anda tidak?.  Teringat bekas bossku yg ensem dan selalu ceria di pagi hari.  Tros semangattt je ai keja ketika itu.. walaupun penat yg amat separuh meninggal. 





 

At least ada juga good news pagi ni untuk kita senyumkan antaranya UMRAH.  Rasa2nya anda semua dah baca.  Yg blom baca ai copy paste kan di sini.


Masjidil Haram akan dibuka untuk umrah secara berperingkat.

Sumber rasmi twitter pentadbiran Makkah, Makkah Region.

1. Kebenaran untuk menunaikan umrah bagi warganegara dan pemegang visa di dalam Saudi sahaja bermula Ahad, 17 Safar 1442H dengan kadar 30%.

(6000 jemaah umrah sehari).


2. Kebenaran untuk menunaikan umrah, ziarah dan solat bagi warganegara dan pemegang visa di dalam negara bermula Ahad, 1 Rabi'ul Awwal 1442H dengan kadar 75%.

(15,000 jemaah umrah sehari & 40, 000 jemaah solat sehari)

3. Kebenaran untuk menunaikan umrah, ziarah dan solat bagi warganegara dan pemegang visa di dalam dan luar negara bermula Ahad, 15 Rabi'ul Awwal 1442H dengan kadar 100%.

 (20,000 jemaah umrah sehari & 60,000 jemaah solat sehari)

4. Kebenaran untuk melakukan umrah, ziarah dan solat bagi warganegara dan pemegang visa di dalam negara dan luar negara dengan kadar penuh 100% mengikut kapasiti keluasan Masjidil Haram, apabila pihak berautoriti mengeluarkan kenyataan bahawa pandemik covid19 telah tamat.

Wallahu a'lam.


P/s. :.   Apa lagi berita gembira pagi ni guyss??.    Kalau ikutkan tak de la happy sangat pun pagiku ini sebab Pakcik somi ai meninggal semalam.  Sib baik la ai sempat ke rumahnya masa balik Malaysia kemarin.  Ahlil surau sepertinya sgt beruntung.  Moga Jannah tempatnya.  Aamiin..



1 comment:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.