Assalamualaikum guys..
Sesiapa ada anak bulus jenis tuxedo cat boleh baca keistimewaan dia ni ye. By the way, walau apa jenis pun haiwan peliharaan anda, peliharalah dgn ikhlas. Jangan bela hanya kerana mereka comel atau glamer semata tapi apabila nampak kucing liar dan gelandangan yg tak comey di luar dipijak2 pula. Kesian ibunya yg melahirkan. Dia pun tak minta jadi begitu.. kalau boleh dia pun nak jadi macam Kak Mirror... minum iced latte. Kak Mirror kalau ada berita cenggitu, Kak Mirror skip je.. malas nak baca, mengganggu fikiran sebab kita pun ada kucing.
Ciri2 Tuxedo Cat
Typically black and white, with a bluze up the nose and a "jacket on the back". Tetapi menurut kenyataan lain, ia tidak semestinya hitam.. asalkan ala2 seorang lelaki sedang mengenakan tuxedo.
Tuxedo - pic credit to Myer
Paling Intelligent
Satu lagi perkara kalaulah Si Chanel mampu membaca pastilah beliau akan "terkembang hidung".. sebab kucing tuxedo adalah kucing yang PALING INTELLIGENT di antara kucing2 sedunia. Laa.. selama ni tengok Joko Mainecoon tu pun dah cukup bijak (eh terpuji anak bulus sendiri plak.. ). Tapi ada yg lagi bijak rupa2nya. Tapi Mama tetap akan kata Joko bijak sebab selalu buat Mama happy.... dan tak pernah cemburu dengan kehadiran adiknya, Si Chanel Tuxedo.. walau selalu gaduh bercakaran sebab marah adiknya asyik clingy macam nak menyusu badan Joko plak, Joko kan jantan. Haha.. melucukan Si Chanel ni.
Chanel sibuk nak baca buku
Dimiliki oleh Icon2 lagenda dunia seperti William Shakespeare, Sir Isaac Newton dan Beethoven... dan sorang lagi.. ehemsss Miss Mirror lah.... kekeke..
Kucing pertama mencalonkan diri dalam politik iaitu pada tahun 2012, bernama Tuxedo Stan dari Halifax, Kanada.
Anak kucing tuxedo yg baru dilahirkan mampu celik dlm tempoh 24 jam berbanding kucing2 jenis lain.
Kisah lain pula, seekor tuxedo cat telah mewarisi kekayaan 6.3 juta dollar atas kematian pemiliknya.. pada tahun 1998 dan ini bermakna kucing terkaya di dunia.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.