Terkadang ada hikmahnya tercampak di sini di saat usia dah matang, mampu memikir mana baik dan buruk.. inshallah. Dah berkahwin juga merupakan satu bentuk kelebihan, ia umpama "perisai diri" kerana apa yg ingin dibuat ada tapisan2nya. Bukan hanya suami, malah jelingan sang anak pun mampu memberi isyarat berharga.
Semalam sesaja screen shot kat IG story tentang tawaran jadi model baju tu, tapi tidak la bermakna ai percaya bulat2 dan menerimanya ye. Ai bukan lagi remaja2 yg naif utk percaya segala benda. Kawan2 ucapkan tahniah pulak. Hahaha. Jangan plak nanti ai menyepi dari sos med korang ingat ai busy jadi model pulak. 😆😆👵👵. Itu tidak akan berlaku.. inshaallah. Sebabnya baju2 mereka seksi belaka, Astagfirllah.. menangis kucing2 ai dengar mamanya jadi model.
Pernah lah TERposing2 kat tengah jalan beberapa bulan lepas tapi itu cerita lain, tiada kait mengait pun dgn hal di atas.
Jelingan Anak Menyedarkan Diri..
Ok ni ai cerita lanjutan kisah TERposing tu.
Alkisah sedang asyik menyedut udara Perth bersama anak bujang ai, tetiba disapa oleh beberapa orang photographers. Wahhh!. Terus fefilling divaz!!. Mereka minta kebenaran untuk snap gambar dan berjanji untuk mengeposkan melalui email.
Mesti mereka ingat ai pelancong kot?.
Nak kata wajahku exotic tidak lah juga.
Ai pun ok je la.. kot mana tau hasilnya menarik dapat juga ai simpan dlm album. Free je pun.. sapa tak nak. Upah professional photographer cecah ratusan dollar juga skg. Mereka dlm rangka mempromosi syarikat mereka agaknya. Kalau tak napanya bersusah payah memfoto gambar orang??
Nothing free in this world.. Mem!!. Bear this in mind!.
Oleh kerana ianya di tempat awam dan org pun lalu lalang, tidak lah ai takut sgt.
Tapi agak lama juga sessi shooting, membuat anak ai menjeling. Jelingannya tu ai faham dgn membawa maksud.. "Mama ni percaya sgt dgn orang..".
Akibat jelingan bermakna dari sang anak.. ai pun snap juga gambar Photographer2 tersebut (sbg langkah berjaga2).. dan nampaknya mereka ok2 saja... tidaklah mencurigakan.
Tros ai minta kebenaran utk stop bergambar dan bagi la mereka alamat email. Kami beredar dan bila kat tgh jalan baru ingat.. laaa ai tersilap bagi email address rupa2nya. Adohaii... Sorry la uollz. Dah susah payah snap pelbagai angle.. tapi entah ke email sapa mereka mengeposkannya. Hahaha.. Pasti ada hikmahnya.
apa yang berlaku ada hikmahnya. Fikir positif dan harap juga semuanya memberikan kesan positif juga :)
ReplyDelete