Friday, October 16, 2020

Bunga Untuk Cikgu

Malam2 buta tanya pasu, rupa2nya untuk diletak dua jambangan kekwa ni untuk dihadiahkan pada Cikgu keesokan hari.


Terdetik dalam hati.. tak kan tak dideko,  Qistina kata esok pagi (bermakna hari ini).  Memandangkan anak dara  ai yg nombor dua ni dah pernah mendeko bunga seawal usia kanak2 sebagaimana entry ini... ai pun malas la nak ambik pot dan beri je beliau kepercayaan dan berdikari.    Lagi pun ai terpikir kot2 lah beliau mewarisi bakat arwah buyut (nenek suami) yang kreatif dan berinovatif.. so kita tunggu nanti apa kejadiannya.



Sebelum "deko" malam tadi ai snap..






Pagi ni ai minta Qistina wassapkan apa yg telah dideko..

.

.





Laaa... Gitu je!!????.





Nak puji ke tak ni?.   Suddenly teringat satu quote ni..

"Speak to your children as if they are the wisest, kindest, most beautiful and magical humans on the Earth for what they believe is what they will Become!" -Brooke Hampton.


So.. terpaksa pujilah tapi kritik sikit2 tetap ada supaya membina.  Mungkin faktor kesibukan membuat beliau tak sempat nak deko.  Bagaimana pun.. minat yg pernah ada di zaman kanak2 harap2 tidak hilang begitu saja.   Mama akan sentiasa menyokong apa jua minat mereka.  Asalkan tidak menyalahi undang2 agama.





Ini pula minat si kakak, Ain.. Melukis.
Layankan saja..


Kak Ain pun gubah bunga juga sbg menghargai pemberian kawan baiknya kemarin.   






Deko mendeko ni bukan Mama tak pernah buat.. malah pernah berangan buka kedai bunga.. dan "customer" pertama Mama masa tu ialah abah.. haha.. teringat lagi bunga heliconia yg menjadi jambangan pertama dihadiahkan untuk launching di suatu majlis.   Customer kedua pun abah juga.. kah kah kah (Hai suami.. terima kasih kerana selalu menyokong business isteri.. sobszzzzz) untuk hadiah Graduation Makcik korang masa tu.  Pelik.. now napa tah, minat tu hilang begitu saja. Faktor2 penuaan kot.


Anda plak minat tak mendeko bunga?













6 comments:

  1. minat jugak...tapi 5 wira dan 1 srikandi yang tengah lasak kat rumah tu menuntut perhatian yang lebih dari minat mendeko mak dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar sikit nanti wira2 dan Seri Kandi tu Mama boleh kembali mengasah bakat ye. Jgn dibiar terendam bakat.. nt jadi mcm ai.

      Delete
  2. minat tapi tak pernah jd. haa haa haa

    ReplyDelete
  3. wah betul kena puji walaupun sikit takdelah dorang down ke apa

    ReplyDelete
  4. Ammi mmg fail bab2 seni berseni ni. Keras kejung je tangan

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.