Thursday, October 15, 2020

Fadhilatnya Bila Pernah Belajar Geog Di Sekolah

Ai upload peta ni bukan nak cerita pasal Covid pun.. tapi sebab nak kembali berGEOGRAFI.  Lama dah merantau.. takut pulak kalau2 lupa nama2 tempat2 dan daerah2 di Malaysia.  Dah macam orang baru keluar gua plak nanti.  Haha.. bahaya tu!.  


Seingatnya masa kita sekolah (zaman2 ai lah) kita tak belajar pasal pecahan2 daerah di sesebuah negeri... cumanya yg paling ai ingat masa sekolah rendah, teks bergambar yang fokus tentang aktiviti2 pertanian dan perusahaan.  Paling tak boleh lupa tajuk :. Penanaman padi di Kedah,  Perlombongan Bijih Timah di Perak... Ilustrasinya yang cantik masih terawang2 di ruang mata sampai sekarang.


Untuk negara luar pula.. Penanaman koko di Ghana... and ada gambar pokok koko. Emmm apa lagi?.  Sapa ingat??. 


Sebuah pemandangan cantik di Afrika.
Pic credit to... alamak!. Lupa la plak nama beliau tu.. tapi sohih ai dah minta izin walaupun tak kenal.



Ini pula sebuah pemandangan di Egypt, credit to Jill.



Bersyukur kerana sistem pendidikan di Malaysia pernah mengajar kita tentang semua tu.. at least bila bercampur dgn masyarakat global kita ada topik untuk dibualkan bersama mereka.  Sesetengah negara tidak belajar Geography.. membuatkan mereka terbungkam bila diajak bicara tentang negara luar.






Ok arini kita upload pasal Selangor dulu lah. Dah sebati dalam minda, baru upload peta lain plak.  Pic credit kepada yg berkenaan.

Credit to Selangor Task Force






Kecikkan balik pic la.. besar2 jadi tak sharp plak.

 


Ternyata pic semua jadi tak sharp bila diupload dlm belog.. sorry.   Kita dulu terpaksa lukis semua peta2 ni kan?.  Paling tak bleh lupa untuk bagi kertas tu terang dan senang nak tekap, ai simbah minyak tanah.  Hahaha... Lawak pulak bila dikenang.  Jgn ditiru Dik Non ye.  Itu zaman2 ai.   Karang tak pasal2 uollz terbakar rumah pulak.



3 comments:

  1. Sebaik geografi Dulu perform so okay lah kalau nak sbg pas geo

    ReplyDelete
  2. Minggu lepas kami dok pening pembahagian daerah klang je kak sam.. mana kena pkpb mana tak :P

    ReplyDelete
  3. Masa sekolah rendah Subjek tu dipanggil Alam & Manusia (during my time).. Masuk secondary baru blajar geography

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.