Pernah terbaca..
"Dalam usia2 begini, rajinlah bertanya khabar dan menjenguk sahabat handai kerana peluang itu belum tentu muncul lagi.. kerana usia begini.. nyawa semakin rapuh."
Ternyata benar nasihat itu Puan2..😢. Sungguh bijak orang yang memberi nasihat. Semalam sahabat kami yang koma (sebagaimana entry terdahulu) telah menghembuskan nafasnya yg terakhir.
Qaddarallaahu wa maa shaa' fa'al'
(It is the decree of Allaah and what He wills He does)
Terasa macam mimpi. Siapa sangka beliau yang kurus macam ai, nampak sihat.. cantik jelita.. rupa2nya perjanjiannya dengan Illahi telah pun sampai.
"Siapa Sam kawan you tu?. Nampak pandai orangnya?". Soalan teman2 di text semalam atas berita sedih yg ai umumkan di sos med.
Ya.. arwah memang budak pandai dalam kelas. Terpancar pula auranya dalam gambar ye?. Hihi..
Pagi ini seisi alam terasa sunyi. Terbayang2 (tak kan terngiang2 plak kan.. sebab wassap).. terbayang2 text arwah yg selalu disulami.. "dear" di hujung.
"Take care dear... Nanti anak ai kawin you datang tau Dear..". Pesannya 3 tahun sebelum majlis, tika itu ai baru sampai di bumi Perth ini, meneman hubby memancing sambil berwasap... tapi akhirnya ai tak dapat datang pun ke majlis itu sebab tak balik Malaysia. Sobszz..
By the way.. bila dah namanya Allah izin, dapat juga jumpa sebelum musim Covid. Agaknya memang Allah takdirkan semua sahabat2 yg kini dijemput pulang oleh-Nya itu dapat ai temui pada kepulangan yg lalu supaya jadi pengajaran pada ai lah kot. Supaya ai muhasabah diri.. alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah. Jadikanlah aku insan yg lebih baik dari sebelumnya.
Akhir kata.. Moga kita jadi sahabat yg perihatin terhadap sahabat2 kita.. kerana bila telah pergi.. menangis la tepi kubur sampai keluar air mata darah pun tak akan kembali lagi.
"Hikmah kesedihan ini... tros lupa pasal Covid, tros lupa pasal closing border.. tros lupa segala masalah lain.. Alhamdulillah."
Al-Fatihah (dibaca) untuk sahabatku..
Mahfudhah Binti Mohd Malik. Ex TIJB89 90. Berehatlah dengan tenang di sana... dear.
P/s :. Now I don't care about border closures. One day, we all will depart... On a journey free of cost. The flight is always on time. Our good deeds will be our luggage. Humanity will be our passport. Love will be our visa. Let's make sure we do our best to travel to Heaven in business class.
Innalillahiwainnailaihi raajiuun. Sedihnya dapat berita begini. Salam takziah buat keluarga arwah. Kita akan menyusul tapi taidak tahu bila, kerana janji Allah itu benar.
ReplyDeleteInnalillah. Pilu.
ReplyDeleteInnalillahiwainailaihirrajiun. Salam Takziah. Saya pun ada kehilangan sahabat beberapa bulan lepas. Tapi ralat sangat sebab jarang bertanya kabar. Sedihnya tak terucap. Semoga roh sahabat kita yang telah pergi dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman
ReplyDeleteAllah lebih menyayangi arwah.
ReplyDeleteAl Fatihah...
Salam Aunty, saya anak kepada Mahfudhah binti Mohd Malik. Saya Google nama mama and jumpa entry aunty. Thank you aunty for the writing. Thank you for the doa as well.
ReplyDeleteAmira - Waalaikumussalam. Really?.😍😍
DeleteI miss your Mum!!.
Thanks for the comment Amira. Take care ya. Hugs.