Congrats untuk anakanda tercinta kerana usaha gigihnya selama ini membuahkan hasil dan alhamdulillah pencapaiannya itu membuatkan mama abah rasa worth it dgn pengorbanan2 kami selama ini..
Pengorbanan yg tak terhitung, dari mula sampai ke sini, air mata menjejes saban malam tiap kali buat homework sebab berlainan cara dan budaya pembelajaran yg berbeza.. (Mamanya yg tengok pun sama2 nangis..tapi kuat2kan semangat). Sobszzz!!. Jari jemarinya pun masih sebesar pensil je tika itu tetapi berhijrah membawa cita2 yg besar. Sedih sangat kenangan itu.. tak mo kenang dah..
Menyingkap telenova itu, patut la Si kakak sebak malam semalam melihat adiknya atas stage..
"Ya Allah Ma... Adik dah besar, dulu kecik je. Ma tak sedih ke?. ".
Sambil dgn isyarat tgn kat pinggang sbg merujuk saiz Si adik ketika baru sampai di bumi Perth ini. Air mata hampir menitis.. memang kakak2 sgt beliau ni.. Agaknya kakak2 kat dunia ini semuanya mcm tu kot bila melihat adiknya berjaya ?.
Mamanya mungkin dah terlalu strong.. sampai dah tak de istilah sebak lagi. I am healing!!. Yes!. I am healing and growing! Woww!!. Alhamdulillah.
Ya... Masa terlalu cepat berlalu!!.
Perasaan "sebak" tu ada bukan tak de langsung ketika namanya terpampang di screen dua tiga kali dan beliau dgn gembira naik ke pentas... cumanya tak la sampai teresak2 sebab mengenangkan yg dia masih ada depan mata... just Majlis konvo je pun.. bukan majlis kawin dan dibawa suami.
Dari episod ini dapat la ai buat kesimpulan dan pengajaran.. mungkin ini adalah teguran dari Illahi.. selama ini ai lupa untuk "bersyukur", bersyukur Allah selalu memberi peluang kami sebumbung. Ya Allah.. insaf. Tak mo tanya lagi dah bab bila anak Ma nak kawin?. (Selalu Si kakak yg Mama rajin tanya). Now tak mo lah.. Just go with the flow... and let's enjoy the moment together.
Keberadaan mereka di sisi adalah kurniaan-Nya yg tak ternilai. Mari hargai. Kalau kawin nanti pun, moga kebahagiaan bersama ini terus berpanjangan.. and "bakal2 menantu" (blom ada ye..hihi) harapnya mereka akan anggap ai ni not only as a mom in law.. tapi kawan. Wah!. Cita2 seorang ibu.. Moga menjadi doa. Aamiin Ya Robbal Alaminnn..
Terima kasih kepada semua teman2 blogger yg tak kedekut untuk mendoakan kami dari awal bismillah kewujudan blog ini lagi.
mesti perasaan bangga dalam diri parents tngk kejayaan anak2.. semoga terus cemerlang dunia akhirat =)
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih Siti.
Deleteammi anak konvo sekolah tadika pun nangis....tisu betul pompuan ni
ReplyDeleteAmmi - saya pun pernah.
Delete