Keluar ke supermarket untuk top up groceries siang tadi. Masyallah... tetiba ramai pulak orang tak pernah2. Ya la kan border Western Aussie dah terbuka sikit2 ala manja2 dan malu2 untuk beberapa penduduk daerah Aussie yg lain.. maka kelainan mula terasa. Dorang busy untuk persiapan Christmas la kot sambil "reunion" dgn family yg sudah sekian lama terpisah akibat Covid yg jahat. See... Kesabaran mereka telah Allah hadiahkan kebahagiaan. Kita juga harus setabah itu.
Bukan kerana ai agrofobia (takutkan keramaian)... tapi cuaca yang sejuk akibat hujan sekejap2 membuatkan blouse hijau yg ai pakai tidak memberikan keselesaan, lantas ai bagitau anak ai untuk segera balik je. Sebelum balik kena la reward diri sendiri dgn makan nasi Bukhari. Sebenarnya dah tak de idea nak makan apa. Itu je lah pilihan halal kat area tu selain kebab2 dsbnya.
Rasa lega pulak dapat masuk restoran tu akibat bahang panas oven (eh!. tapi oven kat dapur.. mungkin heater, tapi tak logik pulak sebab pintu tak tutup, guane pasang heater plak. Ah.. mungkin panas nyaman dari Illahi untuk kedai tersebut lah agaknya.. hihi.).
Deq Sue (teman blogger) kata Kak Sam tak usah risau (untuk upload keriangan walau musim PKPB di tanahair ) sebab orang2 Malaysia walaupun PKPB tahu la mereka shopping on line. Oh ya ke???. Dasyat orang2 Malaysia nihh.. Have2 belaka!!!. Ai jarang shopping on line uollz..
Tak sangka plak ai dah jadi pencinta hujan.. ai mean pencinta cuaca mendung begini. Ada unsur2 ketenangan di dalamnya. Oh ai dah bertukar jadi manusia yg aneh. Hahahaha... Ok. Bai.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.