Tuesday, November 17, 2020

Viral Di Langit dan Viral Di Bumi


Dah nampak pic ni viral dari minggu lepas lagi.. tapi tak tahu cerita di sebaliknya.  Ohh rupa2nya ada kisah ajaib tentang keagungan Allah.  Tentang kisah insan yang menjadikan Al Quran sebagai santapan minda dan akhirnya Allah telah mengangkat darjatnya dgn sekelip mata.    


Di suatu petang yang hujan, Hermawan, seorang Parking Officer di Indonesia telah sengaja memotret gambar seorang budak  yang sedang mengaji dengan pakaian lusuh dan karung pemulung di sampingnya kerana menganggap  hal itu bukan pemandangan biasa untuk remaja zaman sekarang.
 

Dalam pada terpikir2 untuk mengeposkannya di sos med atau pun tidak (kerana kesian), akhirnya beliau tergerak hati untuk post pada malamnya setelah pulang.


Dipendekkan cerita dengan kuasa Allah gambar itu telah menjadi viral dan ramai  yang DM untuk membantu remaja itu.



Photo credit to :. IG :. Awan Rozi Jagapura


Hal ini turut menjadi perhatian seorang Ulama, Syeikh Ali Jaber.


Saya punya firasat Muhammad Gifari  Akhbar menjadi Imam Besar, akan dibina di pesantren saya yang ada di Cipanas agar Akbar jadi Ahlul Quran karena kita tahu remaja zaman sekarang tenggelam dalam dunia maya,” ujar Syekh Ali Jaber.


Lebih mengharukan lagi, beliau juga bakal mengajak Akbar untuk menjalani umrah inshaallah December ini sekaligus bakal memperkenalkan Akbar ke Imam besar di Arab Saudi. Syeikh juga bakal menjadikan Akbar anak angkatnya.


Masyallah.   Indah sungguh perencanaan dari-Nya.   


"Bila lapar... baca Quran.." Ujar Akhbar bila ditanya oleh Siaran TV di mana beliau sentiasa membawa Quran walaupun ketika keluar mencari barang2 (Pemulung). Kerana itu adalah nasihat ayahnya.


Didoakan semoga Akhbar terus berjaya.. di dunia dan akhirat.   Aamiin..


No comments:

Post a Comment

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.