Sangkakan hanya sekadar berlaku di Sabak Bernam, Selangor, Malaysia je. Ghoper2nya... Berjangkit2 la pulak Misteri ketukan pintu sampai ke Australia.
"Dum!. Dum!. Dum!!".
Jam dinding di bilik tidur menunjukkan ke angka 8 pagi.
Berderau jantung... apa lagi, makin ku tarik selimut.. (kat sini subuh pukul 3 lebih ye). So selepas waktu itu adalah masa untuk ai bersantai2, dengar YouTube, minum kopi, baca buku or whatever la kan... apatah lagi weekend.
Sangkakan ku berhalusinasi atau gangguan mimpi, Si bujang ai pun dengar. Haii.. menambah seram mamanya. Sapa ler pulak ketuk2 pintu pepagi buta. Si Joko pun dah berdengkur nyenyak di hujung katil dua kali jaga. Chanel pun sudah berkalih tidur, pun terlalu kecil untuk membuat bunyi-bunyian sebegitu.
Embun jantan rintik-rintik. Menyanyi unggas jauh ke tengah. Disambut menyalak anjing jiran.
Jeng jeng jeng...
"Ahmad Albab manakah yg dtg?."
Whatt?. Ada lembaga Putih??. Oh tidakkk!!.😈😈😈😈😈😈
Hmmmmm... Kad putih rupa2nya.. parcel from Malaya. Ha padan muka. Asbab tak buka pintu.. dah satu hal pulak kena collect sendiri. Anak ai oder baju dari sana untuk konvo dia aritu.. alhamdulillah dah pakai pun last Saturday.
Semalam pun pintu diketuk lagi...
Eh!. Rupa2nya Allah bagi rezeki. Alhamdulillah.. thanks my neighbour!. Dah macam org nak kenduri beliau bagi. May Allah rewards your good deeds sister!.
Aamiin..
Berbalik pada kisah viral di Selangor tu.. tak de ke antara rumah mereka yg dipasang CCTV?. Apa kata beli je yg murah2, tak sampai RM200.
Ok la.. bai.
p/s. : Ingatkan nak pencen menulis, tapi tangan ni gatal2 ler pulak nak menaip. So, tekan publish je lah alang2 dah TERtaip.
.
Betul tu... pasanglah cctv! Selesai satu masalah.
ReplyDeletewahh sampai sana kisah ketuk pintu ni :P
ReplyDeletetengah- tengah blogwalking termasuk sini..salam kenal..wah jauh stay..viral ketukan tu mmg buat seram la...mmg patut kena ada cctv la kat setiap rumah
ReplyDeleteMisteri tak terungkai lagi.
ReplyDeleteyang viral di Kuala Selangor tuuuu saya tak brani nk tngk video. mmg penakutt..
ReplyDelete