Thursday, June 3, 2021

Blender : Walaupun dah 3 kali rosak, tapi masih beli brand yg sama

Assalamualaikum uollz!.

Baru menyiapkan bahan2 laksa Aussie  tetiba blender  meletop, ini adalah kejadian kali ketiga pengisar jenama itu menghembuskan nafasnya yg terakhir.  Belian yg pertama, warranty memang dah tamat, belian yg kedua.. warranty blom tamat tapi resit plak hilang.   Ketika itu blom faham lagi, ingatkan guna warranty letter sudah memadai untuk menebus.   So resit pun dah jadi habuan Cik Tong Sam ( Pah), tak boleh la tebus blender yg baru.   Kerugian dianggar adalah seumpama 2 bentuk cincin Pandora yg cantik blink2.


Menyimpan Resit Dah Macam Simpan Emas

Jadi sebagai pengajaran, untuk belian ketiga, (juga jenama yg sama)... ai simpan resit blender  bagaikan menatang minyak yg penuh.   Ai belai2, ai snap, ai save, ai simpan dlm fail  supaya tak hilang lagi.  Oh ye.. resit dia bukan comey, sekadar kertas yg kita beli dgn barangan lain (baju misalnya) pastu tulisan yg mudah kabur ditelan masa.





Cara Menukar Barang Rosak

So, petang itu seorang Sam terkedek2 ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dgn keyakinan yg tinggi... sebab semua bukti pembelian ada di tangan.    Termasuk sebijik blender yg rosak tersebut dan sebijik grinder yg "tidak berdosa" tapi terpaksa juga dipulangkan sebab kakaknya  telah meninggal. (2 in one).    Mulanya pun ai ingat macam malas nak bawak semuanya.. sebab 1 je yg rosak.   Tapi bawaklah kalau2...





Rupa2nya benar firasatku.   Itu adalah benda terpenting yang ditanya..


"It supposed to be 3 sets.. where is the another one?.  Otherwise I cannot replace. ".


Alamak!.  Ya ke?.  Tetiba ai teringat ai bawak sekali buku manual dia bersama.   Memang cuma 2 tu je, blender & grinder.   Bukan 3.  Then beliau pun angguk2 setelah meneliti buku tu.


Dah settle yg tu.. beliau tanya plak kad yg ai guna semasa belian yg terdahulu.  Huhu..  Sib baik tak tanya kotak.  Sesetengah produk perlu bawa kotak sbg bukti pembelian.  Ai sejenis yg suka lesi brg2 yg tak bermakna dari memenuh2 dapo.


BTW syukur akhirnya berjaya juga diganti yg lain.     Ai cakap ni dah kali ketiga ai beli blender tu.


"Dah tau asik rosak, kenapa tak tukar jenama lain?" beliau tanya.   Hahahaha.. itu lah diri ai.  Bila dah setia... 


Nak tau kenapa jadi begitu setia?.  Kena santetkah?.😱

Walaupun blender tu asyik wat hal dan senang meletop tapi si adik (grinder) selalu memberikan perkhidmatan yg terbaik.  Susah nak jumpa blender kering kat sini.   Setakat ni tu je yg terbaik untuk menghaluskan cili, ketumbar, kerisik dsbnya.


Nota :.   

Sebagai alternative, ai beli juga manual chopper (photo atas) sebab jarang nampak kat sini, selalu insta pemes Msia je guna.  Ini juga sebagai langkah to promote sustainability to reduce global warming.

Anda pula guna brand apa untuk kerja2 menghaluskan rempah ratus?.


4 comments:

  1. Mak ai sampai meletup. Kalau saya fobia hendak guna lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - letupan kecil saja, blup blup.. tros jem. Jadi tak la menakutkan sgt. 😁

      Delete
  2. Peringatan yg baik ni. Sy pun biasa letak merata kad waranti kalau beli apa2...mana tahu nk jadi mcm ni kan.. elok ada satu fail khas nk simpan ni.. yg soalan last tu, sy guna lesung batu je.. haha ( sb mmg xrajin masak benda yang kena kaedah-kaedah susah ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisy - Owh golongan rajin tu berlesung batu. I sekali sekala je berlesung.. Aisy. Hihi.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.