Tuesday, June 1, 2021

Tetiba Suka Periuk Tanah Liat (Clay Pot)

Assalamualaikum uollz!!.

Sebelum ingatan ai semakin pudar ditelan usia elok ai tulis kat sini.. rupa2nya ai pernah bekerja di sebuah syarikat pembuatan tembikar. (Bahaya ni sampai boleh lupa).

Makanya kalau semalam kawan ai meminta buah fikiran ai  tentang claypot, bermaksud beliau tidak tersalah orang lah.   🤪.   Hihi.. Macam la  kerja bahagian production plak kann..  ai incharge Shipping Department ketika itu.. hari2 menghafal nombor kontena dan berurusan dgn buyers luar negara.   Tapi sambil2 kena hantar dokumen  dapat la jenjalan ke Bahagian Production sambil jeling2  melihat mereka pusing2 pinggan  yg ai kira perlukan kemahiran yg hebat dan kecekapan.   

Lately tetiba terminat  guna claypot.  Puncanya sebab belikan anak  yg hobi memasak.  Kuali lain ada.. tapi saja je nak tukar selera.    Dalam kepala yg ingin dipertimbangkan ketika itu ialah :. Untuk deep frying, ringan, selamat digunakan.


So ini lah hasil survey di pelbagai kedai di Australia ni..




Ini yg paling besar ai pernah nampak setakat ni.. 26 cm.   Penutup kesat2 tapi dlm licin.   Ok juga.. cuma berat sikit.



Yg ni kecik.. penutup licin dan dalam licin. 




Ha.. ni yg ai beli.  Comel je.  Ringan sebab berpenutup kaca.  First guna rasa teruja sebab tetiba daging yg dimasak jadi sedap.  Sama ada hujan atau mind set.. tak tau lah.  Mind set.. "Masak dlm tanah liat jadi sedap". Hihi..





Deep frying method yg menjadi punca utama pembelian  juga berlaku dgn jayanya.. 



Simmering process also went well. Ni ketika  SEDANG memasak sup.  "Sedang" maksudnya dlm proses.. sbb tu daging masih merah lg ye.. bukan sbb kami jadi KARNIVOR😊



Sambal belacan mangga for our dinner.


Motif entry :.     
Untuk memberikan idea perniagaan kepada anda di luar sana..  sebab claypot dah mula BERpeminat pula mutakhir ini secara tiba2.   Tapi bukan la nak suruh beli dgn ai plak.. ai blog about this sesuka je.. SUKARELAWAN... tak de jual pun.   Kalau   range harga di Malaysia dlm RM100 utk dua ketul kecik.

Tepek juga lah kawan ai punya ni sbb cantik sgt mcm tuannya.. putih.  



Anak bujang ai bising mulanya..

"Mama ni... kenapa kembali ke zaman silam?". (Maksudnya kenapa nak guna periuk tanah liat balik macam zaman tok nenek?.)

Haha..  tapi setelah itu ok je.   Akhirnya jadi basahan dan mula selesa dengannya.




6 comments:

  1. Kajian mengatakan penggunaan periuk tanah untuk memasak lebih selamat dari non stick (jk tercalar dah tak boleh guna) untuk jangka masa panjang..

    Nak beli jugalah..

    ReplyDelete
  2. Eh rupanya periuk tanah liat boleh buat goreng jeluk.

    ReplyDelete
  3. Cikgu saya pernah kata, periuk tanah bagus digunakan untuk memasak.

    ReplyDelete
  4. wah, tengok ni rindu nk makan claypot chicken rice.. masa tak boleh pergi jauh ni la tekak mengidam apa2 yg payah nk dapat.. mengada sungguh kan..

    ReplyDelete
  5. hari tu ada sebiji...tapi dah ke mana entah terselitnya.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.