Monday, July 5, 2021

Menu Orang Covid VS Menu Orang Sihat Di Rumah.

"Kau snap la breakfast kau pagi ni kat Pusat Kurantin tu..".  Miss Mirror said.

Lantas beliau pun snap.  Nasi goreng kampung yg pedas.  Siapakah beliau?.  Biar lah rahsia.. tapi membuat ai tak lena tidur juga selagi beliau belum discharge angkara Covid nun di Malaya sana.    Tapi keceriaannya pagi ini membuat ai tenang2 saja.   Beberapa orang pesakit lain di katil bersebelahan dikhabarkan bakal pulang setelah berkampung di sana sebelumnya. Lantas ai pun buat la entri ceria ini.. sebab dah ramai orang buat post2 yang menyedihkan hingga bengkak keliling mata ai ni menonton video2 yg meruntun jiwa.. so kita kena kontra.. buat entri ceria plak.


Breakfast beliau..



Lunch beliau.. 


Melalui gambaran cerita beliau itu, keadaan Pusat Kurantin saling tak tumpah macam kita gi haji, orang batuk di sekeliling, toilet sebuah.   Ai pesan pada beliau.. anggap je la.. tgh honeymoon.   


"Kau kena habiskan semua makanan yg dibagi, biar cepat sembuh dan balik sebelum raya haji.."    Ai berpesan lagi.    

"Oh.. kau eksited ye raya haji?".   Tanyanya.  Haha.. ai faham, kat Malaysia raya haji bukan meriah berbanding kat sini kami sambut sedonia blink2.. Masyallah!.  Memang sesuatu yg ditunggu tiap tahun.  

Lagi pun masa kat Malaysia, raya haji adalah giliran ai balik umah Mak sendiri...  khe3.. so, dah jadi resam, tarikh tu ai tunggu2 tiap tahun, meski end up dgn kesayuan je sebab my siblings tak balik selalunya sebab dah meriah di aidil fitri.   Sobszzz!!.  (Nostalgia je semua tu.. tak payah nak sobssszz2 sgt).


Menu Orang Kurantin VS Menu Orang Di Rumah?.





Sebab nak matchingkan menu dgn beliau tu, ai upload lah nasi goreng pandai yg ai buat malam tadi,  mlm2 tetiba lapar.. well, sapa makan jadi cantik!.  🤪.




Sehari selepas lockdown berakhir di Perth.. rewards diri sendiri sebab telah menjadi wanita kuat selama pandemic.  Tak la hebat sgt beg ni.. tapi at least Inshaallah bleh lah guna untuk menggedix bawah pokok di pagi raya haji nanti..





Pic sepulang pasar semalam (pasar tutup.. mungkin sbb baru abis lockdown dan juga hujan semalam).. tetiba dengar berita ada satu kes lagi kat sini.. terkejut jap.  Tapi in sha Allah tak de apa sebab mereka dah pun berada di Pusat Kurantin.   Mask masih berkuat kuasa tetapi mulai larut malam ini akan ada beberapa kelonggaran SOP.   Alhamdulillah.. dapat juga ai menyelami keperitan insan2 yg dah bertahun berpelitup muka.





2 comments:

  1. Isi apalah dalam beg itu?
    Memang mengganas Covid.

    ReplyDelete
  2. tu la. pusat kuarantin, awal2 dulu ok.
    cerita dari kawan la.
    now, terlalu ramai, da tak ok :(
    sedih la.
    moga covid 19 ni cepat cepat la diangkat Allah, kan.
    back tu normal life yg dolu.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.