Monday, September 20, 2021

40 hari sudah..

Ada 6 hal yang boleh kita lakukan sebagai bentuk berbakti kepada orang tua bila mereka berdua atau salah satunya telah meninggal dunia :


1. Mendoakan kedua orang tua. 

2. Banyak meminta ampunan pada Allah untuk kedua orang tua.

3. Memenuhi janji mereka setelah meninggal dunia.

4. Menjalin hubungan silaturahim dengan keluarga dekat keduanya yang tidak pernah terjalin. 

5. Memuliakan teman dekat keduanya.

6. Bersedekah atas nama orang tua yang telah tiada.


Arrowhead plant

Mari tanam pokok dgn niat andai ada haiwan2 berteduh, parents kita pun dapat sama imbuhannya.  Tapi cedukud gini cemana kangaroo nak berteduh?. 😆.  Cepatlah besar!.   




Sukati lah you siput nak makan my spinach ni..  andai ada sedikit pahala kerananya, kan ku  kongsikan bersama kedua ibu ayahku..


Semoga dapat kita amalkan secara konsisten.  Inilah kesempatan terbaik untuk kita  berbakti pada orang tua kita, kerana berbakti pada keduanya adalah jalan termudah untuk masuk Syurga.






40 hari sudah bonda kami  pergi...  lupa plak tadi nak tulis.🤭


5 comments:

  1. Moga arwah bonda ditempatkan bersama orang beriman Aameen. Betul tu biar spinach dikongsi oleh siput, juga buat kangaroo..

    ReplyDelete
  2. Sebagai anak, banyak amalan yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka di sana

    ReplyDelete
  3. Moga roh bondanya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
    Mudah-mudahan amal baik kita membantu melintasi titian ke syurga Allah.

    ReplyDelete
  4. Ya segala amal kecil atau besar sedekahkan pada arwah bonda.

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah tempatkan Almarhumah dikalangan yg solehin

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.