Birthday wishlist Ain tahun ni 'tak mencabar' sgt.. dia cakap sekadar nak stokin je. So Mama pun belikan lah sebunjut stokin sementara dalam proses untuk belikan lagi satu suprise yg dia pernah idamkan dlm perbualan secara tak langsung. InshaAllah.. Itu biar si adik yg uruskan pembelian nanti. We didn't put any time frame to complete the agenda, we make it flexible. Misi utama ialah untuk membuat belian secara bijak. Tunggu next week dijangka ada sale ye. Gitchew. Tak lari gunung dikejar.
Happy sangat Ain dgn hadiah yg tak seberapa ni (berbanding tahun lepas dapat barang kemas hepi dia sikit je) hingga ketawa mengilai2. Alhamdulillah... MasyaAllah segala puji hanya bagi Allah.
Mungkin sebab keikhlasan dan kesungguhan Mama membelinya merata2, (bukan setempat). Contohnya crochet sock ni Mama beli dgn satu nenek omputeh. Yg lain2 tu beli kat shopping mall.
Tapi memang begitu lah kita ni kan. Kalau dapat 'unwanted gift' tentu la keceriaan tu kureng berbanding kita dapat apa yg kita wishlistkan. Sebab tu.. bila nak bagi present, lebih baik kita tanya personally atau buat analisa.
Kek pun tak sempat beli. Cik Q yg sepatutnya uruskan tapi misi terbantut atas faktor kepenatan. Kami sambut di Fremantle je. Ringkas tapi yg penting birthday girl happy.
Update :. Hari kedua baru dapat kek. Ok leteww.. saing dgn public holiday sempena Queen birthday arini di Western OZ.
Mama doakan moga Ain menjadi anak yg solehah, selalu berpegang pada tali Allah walau di mana pun berada, berjaya di Dunia dan Akhirat. Aamiin..
Aameen Yarabbil alameen. Selamat Hari Lahir Ain, moga dirahmati dan dulindungi Allah swt selalu. Yang penting birthday girl happy.
ReplyDeleteTeringin hendak tahu hadiah yang lagi satu.
ReplyDeleteBetul itu hadiah kita teringin mesti rasa gembira sangat.
Selamat ulang tahun Ain. Moga sihat selalu dan berjaya dunia dan akhirat.
ReplyDeleteHappy birthday Ain. Semoga sentiasa berada didalam rahmatNya
ReplyDelete