Tuesday, November 23, 2021

Pemberian Orang Yang Boleh Memicu keSYIRIKan

Assalamualaikum and morning!!.


"Ni tadi ceramah dari Tuan Guru tentang pemberian orang yg kita dapat, boleh menyebabkan kita syirik...". 

Napa syirik?. 

.

.

.

.

"Syirik sebab mungkin kita terlalu menyanjung dan mengagungkan orang yg memberi bukan mengagungkan Pemberi rezeki ( Allah)".    Ujar kakak ai di wassap.  

Actually kakak ai ni memang suka berkongsi apa yg dia pelajari bukan sebab membebel disebabkan ternampak ai buat 'onar' di mana2.   Sbg adik.. dari zaman2 sebantal lagi ai tadah je telinga.. orang nak bagi ilmu free.   Dah terpisah benua ni.. tak dpt tadah telinga lagi.. tadah mata je.. baca text.


Nauzubillahiminzalik!

InshaAllah...  so far tak de rasanya ai mengagungkan si pemberi melainkan disulami keinsafan setiap kali dapat present  sebab  dalam kerdilnya ai ni.. Allah masih turunkan orang2 yang baik di sekeliling,  dlm hati tergerak nak tudung, tetiba dapat tudung free, tergerak hati nak beg, eh tetiba muncul beg.. dan lain2 lagi.   Maklum la..  ai kan insTAKfamous!.  Ahaksz!


Jadi... ai kena mengagungkan Pemberi Rezeki tersebut iaitu Allah.   Allah yang telah membuka pintu hati "peminat2" eh!. kawan2 ai untuk menghiburkan hati ai dengan pelbagai hadiah supaya ai terhibur di rantau orang.   Alhamdulillah segala puji hanya bagi-Nya.   Terima kasih juga kepada "Penyimpan Mohor Besar" yg selalu tolong simpankan di Msia.. sebelum dipos ke Aussie.    Sesunguhnya Allah jua yg melembutkan hati mereka untuk berbuat ihsan.    


Gambar apa ai nak tepek sebagai contoh?.  Ni je bleh kot?.    Sebab tajuk tu menakutkan.. kita upload je pic2 dari sedara mara supaya senang perjalanan cerita dan tidak menimbulkan salah tafsir.



Ole2 Mesir.    Tapi ni zaman dahulukala sebelum pandemic.



Ni pun rezeki dari Allah melalui si Ain.   Dah dia pakai tersempit dibagi kat Mama.   Mungkin main sauk tak cuba dulu di fitting room.  Mananya gerobok Mama tak jadi penuh.   Meski pun muat kat badan Mama.. tapi bukan bermakna ai akan terus akur memakainya begitu saja.   Harus digelakkan kangaroo!.  Jadi ai oter lah bagi dia loose sikit sesuai usia kita yg dah senja ni.  


Alhamdulillah atas segala rezeki pemberian Yang Maha Esa ini.  Sila lah hadiahkan lagi.  Kekeke...

Moga kita semua terlindung dari melakukan dosa2 Syirik..   aamiin ya Robbal Alaminnn..



3 comments:

  1. Terima kasih ingatkan saya juga.

    ReplyDelete
  2. MashaAllah, betul rezeki dari Allah swt. Rezeki silaturahim juga dariNya. Terima kasih atas ingatan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Hmmmm tq atas perkongsian. Baru tersedar selama dpt hadiah ammi lebih byk say thank you pada org yg memberi hadiah... Bukan kepada pemberi rezeki itu.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.