Assalamualaikum and morning!!.
Konon2 nak review tempat makan baru di Perth, tapi sudahnya sendiri yang lapar melihat semua gambar2 ini di malam2 buta (eh now dah 2 pagi)... sebab ini kisah flash back waktu opening ceremony September lalu, baru malam ni sempat selongkar balik album. Pegi atas jemputan seorang kawan.. beliau yg belanja. Masa ni mereka buat promo "pay as you wish" (makan sesukanya bayar sesuka hati).
Berlokasi di Victoria Park, Santai-Santai Cafe menyajikan pelbagai menu yg sedap2 belaka untuk selera orang Malaysia macam ai ni. Ai bukan datang dengan org Msia ketika itu tapi mereka pun nampaknya turut menggemari menu2 yg dijual. Antaranya mee goreng, nasi lemak, laksa dll.. termasuk teh tarik yg mendapat pujiannya. Cuma kawan ai "tak berapa pandai" makan mee rebus sebab mee rebus kan sifat azalinya memang manis. Ohh ai memang suka!!.
Akhir kata.. terima kasih pada kawan ai yg tidak pernah melupakan ai dalam setiap jemputan yg diterimanya (walaupun nauzubillah jgn la beliau masuk blog ai ni.. segan pulak sebab kadang2 ai suka merapu.. haha). Ok lah.. bye and happy weekend!.
Ai pun teruja nak pi restoran tu :) Betul la bila menaip tentang makanan jadi lapar haha.. Nampak sedap juadahnya..
ReplyDeleteHehe semoga murah rezeki kawan Puan Sam.
ReplyDeleteEntah saya pun memang kurang suka mi rebus. Mata saya tertancap pada laksa. Saya memang suka segala jenis laksa.
bila lah boleh merasa melencong ke Perth agaknya ni?
ReplyDeleteSenang kalau tempat makan tu ada ruang solat.. Takdelah kalut makan especially di waktu maghrib yg singkat
ReplyDelete