Sunday, December 5, 2021

5 Hal Boleh Dan Tidak Ke Majlis Kahwin Kawan

Meski tak dapat hadir, tumpang gembira bila melihat rakan2 sebaya di Malaysia telah pun meraikan menantu (buat majlis kahwin anak).   Tak sangka begitu pantas masa berlalu.   Congrats!!.     Moga bahagia till Jannah.




Sebagai panduan diri sendiri, ada hal2 remeh yang kita boleh jadikan panduan.   Ini pun dapat dari pembacaan rambang.

Topik..  "Apa yg boleh dibuat dan tidak ketika ingin menghadiri majlis kawin ?".


1).   Over shadow si pengantin,   berpakaian lebih menonjol dari pengantin.   Contohnya datang dengan tanjak, keris segala bagai.  Bersongket mengerlip2.   Sampai Tok Kadi pun confused mana satu pengantin?.  Kekeke...   Tapi jika dah berbaju simple,  tetap juga lebih menyerlah dari pengantin.. tak boleh salahkan si pemakai lah kan.  Mungkin kilang2 auranya lebih aktif dan mendominasi ruang.  Kesan2 tahajud kot.  Hihi.


2).  Bank in duit.   Ada kawan ai berkecil hati bila kawan lama beliau bertanya di wassap group.   "Sorry tak dapat join, bagi saya akaun number, nanti saya bank in duit (hadiah).".     Lain orang lain penerimaan.  Mungkin beliau rasa 'terhina' kot.  Terasa macam org nak minta derma. So, kita jadikan pengajaran sajalah ye adik2.  Mungkin kalau adik beradik, hal ini bukan masalah... malah dialu2kan.  


3).   Buat onar di dalam majlis.. dengan membanding2kan majlis tuan rumah dgn majlis si polan yg lebih gah, hantaran lebih tinggi dan sebagainya.   Tak mo cenggitu ye.  Lain orang lain rezekinya.

4).   Tidak dijemput tetapi datang.   Ada ke?. 😅

5).   Jika boleh berpakaian lah ikut tema yg telah ditetapkan dlm kad jemputan sbg menzahirkan rasa hormat asalkan tidak melanggar syariat.  Mcm ai kat sini.. selalunya mereka warak2 minta kami berpakaian Islamik.  Alhamdulillah bukan masalah besar sebab kami ada stok baju2 kurung dan abaya.


Ok ada tambahan lagi?.    Sila tinggalkan di ruangan komen untuk penambahan ilmu kita bersama.


4 comments:

  1. nasibb baikk tak pernah buat semua tu haha

    ReplyDelete
  2. Hehe bank duit itu tidak terfikir ada buat begitu.
    Mungkin yang hendak beri itu ikhlas hendak beri tapi itulah ikut sensitiviti.

    ReplyDelete
  3. family mentua famous dgn budaya kirim kalau tak dapat datang jemputan

    ReplyDelete
  4. No. 4 tu pada yang taktau hukum apa ada hal.. Dia belasah je makan free

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.