Sunday, December 19, 2021

Banjir Dulu VS Sekarang

"Ma, can I post this on my IG?".   Soal my son sebaik mama selesai masak menu favouritenya.

"Not for today Syg.   Org kat Msia sedang ditimpa musibah banjir.".   Jawabku sambil memadamkan api.   

Bertabah la menghadapi ujian-Nya ini wahai Malaysian.    Kami pernah melalui apa yang anda lalui ketika kecil2 dahulu cuma yang membezakan anda dan kami.. ketika itu ianya  berlaku berserta persiapan2 rapi turun temurun (perahu bawah rumah) dan tiang pula sengaja direka tinggi2.    Kebanyakan kami pandai berenang sekecil usia 3 - 6 tahun lagi.

Untuk membuat perahu, terpaksa menebang pokok besar.  Ada juga yang dibeli siap.

Meski pun banjir telah membantutkan pelbagai aktiviti mencari rezeki, tapi arwah ibu dan ayah tetap tabah, malah semakin kreatif pula menginovasikan pelbagai menu2 baru dari persekitaran.



Purnama Aussie pagi tadi..


Perjalanan ke sekolah juga terbantut tika itu akibat air dah paras dada di area jambatan yg menghubungkan pekan.  Untuk nota : Baru sweet 14 (tingkatan 2).

Maka terpaksa lah kami "berkampung" di sekolah.  Manis sebenarnya kenangan itu walau terpaksa berpisah sementara dgn parents dan other siblings di rumah sebab dapat berkumpul dgn kawan2, mandi sama2, makan nasi kawah Cikgu masak dan pelbagai lagi aktiviti dijalani bersama.   

Tidak mampu  untuk meneruskan penulisan ini kerana hati sedikit terusik.    Terbayang orang2 tersayang yg melawat, antaranya kakak dan arwah ayah membawakan keperluan2 sekolah yg tertinggal.    Tenang saja wajah mereka tidak menunjukkan riak2 kesal malah senyuman sentiasa terukir.

Oh now I know kenapa sekarang kau dapat peluang bermain2 salji nun di sana Kakakku.  You deserve it!.    Enjoy your honeymoon!


P/s :  Moga Allah permudahkan segala urusan anda dan segera diangkat musibah ini.   Aamiin. Jgn lupa snap gambar rumah utk claim insuran bagi yg masih under loan.   



4 comments:

  1. Aameen. Cemas betul hujan tak berhenti, dulu di jalan raya biasa, sekarang di lebuhraya, sistem peparitan diragui..

    ReplyDelete
  2. Harap tabah mereka yang hadapi kesulitan.

    ReplyDelete
  3. Allahuakhbar, kita yang melihat keadaan banjir pun hati dah tersentuh apatah lagi Kak Hjh pernah hadapi keadaan seperti itu tentu lebih terkesan..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.