Sunday, April 17, 2022

Rahsia Musibah Jadi Mengecil..

Kesedihan di dunia ini, tidaklah dapat dibandingkan pun dengan kesedihan di akhirat.

Rasa menyesal di dunia ini, tidak mungkin terbanding dengan menyesalnya di akhirat. 

Kegembiraan di dunia ini amatlah sedikit berbanding kegembiraan  di  syurga.   

Bahkan  bahagia di dunia tiada yang kekal, sebulan lepas mungkin ketawa.. bulan berikutnya menangis pula.  Begitu juga rasa sedih   tidak lah kekal.    Hari ni menangis, esok pula ketawa.   





Jadi, mari lah kita menghitung jumlah berkah saja.. (let's count our blessings) dari menghitung2 jumlah air mata.    Hari ni banyak dapat ole2 dari seorang sahabat seperantau.     Terima kasih Allah dan terima kasih sahabatku.   Orang berbudi, kita berbahasa.     



Musibah itu mengecil jika dirahsiakan, membesar jika dikeluhkesahkan, terurai jika diadukan kepada Allah dan merumit jika diumbar kepada manusia.





3 comments:

  1. Tertarik dengan tajuk.
    Betul, counting our blessings.

    ReplyDelete
  2. Hi dup ini memang kena sentiasa beringat

    ReplyDelete
  3. Ringan bahu dan minda bila baca peringatan sis, lega hitung berkah inshaAllah.. Alhamdulillah rezeki dari sahabat, nak jugak dari ostolia :))

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.