Thursday, July 28, 2022

Masjidil Haram

Masjidil Haram di Mekah adalah masjid terbesar di dunia.  Meski pun luas, tidak semua orang telah menjelajahi setiap inci sudutnya.  Padahal ada "rahsia" yg tersembunyi di dalamnya.  Tahniah bagi yang telah tahu.    MasyaAllah.  Saya pun first time ni tahu tentang kemudahan untuk OKU.

Ok bagi yg belum tahu biar saya terjemahkan nota yg saya dapat ini dalam BM sepenuhnya.  

Kebanyakan jemaah   selalunya hanya masuk dari pintu King Fahd Gate dan King Abdul Aziz Gate. Padahal itu baru 2 dari 95 pintu2 masjid yang ada di sana.  Mungkin atas faktor lokasi hotel.   

So, apa kata jika anda masih berada di sana saat ini atau menjadi tetamu-Nya  nanti,  luangkan lah waktu menerokai tiap gate2 itu.



1. Tempat Wudhu dekat Ka'bah

Anggapan keliru semua jemaah umrah ialah tempat wudhu Masjidil Haram hanya ada di luar, padahal itu sangat jauh. Tidak hairan, jemaah yang terbatal wudhu suka  berwudhu dengan air minuman saja.

Sebenarnya ada banyak tempat wudhu berdekatan Kaabah.  Perhatikan semua tangga besar dan lebar dari lantai 1 untuk turun ke dataran Kaabah. Ada 5 di berbagai arah Kaabah.   Di  bawah semua tangga besar ini tersembunyi tempat wudhu. Jadi jemaah tidak perlu penat2 untuk  ke luar masjid lagi.


2.  Tutorial Di Gate 74

Lazimnya jemaah didampingi mutawif ketika umrah dan haji. Tapi bagaimana dengan jemaah negara lain  yang tiada pengelola atau yang ingin lebih detail?.

Jangan risau, Masjidil Haram ada menyediakan tontonan video tutorial umrah. Jemaah boleh menonton video tutorial ini, supaya tahu bagaimana melakukan Tawaf dan Saie dengan benar. Tempat nya ada di  pintu Gate 74.


3. Buku agama percuma

Tidak ramai jemaah tahu bahawa ada tempat pemberian buku agama percuma di Masjidil Haram. Buku ini terdiri dari panduan umrah dan kumpulan doa-doa.

Jemaah  boleh meminta buku-buku ini di Gate 74.


4. Panduan Streaming Khutbah Jumaat Via audio*

Solat Jumaat di Masjidil Haram adalah pengalaman terindah bagi umat Islam di seluruh dunia. Tapi kalau tidak boleh berbahasa Arab, bagaimana memahami khutbahnya?


Jangan khawatir, anda boleh mendengarkan streaming audio terjemahan khutbah. Anda hanya perlu  handfon, aplikasi radio dan earphone.


Informasi panduan audio ini tersedia di dekat  Gate 74.


5. Khutbah Jumaat  bahasa Isyarat

Untuk jemaah OKU yang berkomunikasi dengan bahasa isyarat, ada port khusus untuk solat Jumaat. Tidak besar, tapi mampu menampung sekitar 10 jemaah. Lokasinya ada di pintu Gate 93.

Ada petugas yang menterjemahkan khutbah Solat Jumaat dengan bahasa isyarat. 


6. Gate 63 dan air zam-zam

Berdekatan gate 63, anda boleh melihat pusat pengisian air zam-zam. Petugas mengisi air dengan  nozel seperti di pam petrol. Air disalurkan dari mesin pendingin.


7. Ekskalator ke bumbung Masjid

Solat di bumbung Masjidil Haram terkadang menjadi pilihan jamaah - untuk solat Isya atau Subuh. (Sebab pada siang hari, bumbung Masjidil Haram panas).

Tapi tidak ramai  yang tahu bagaimana untuk ke sana.

Sebenarnya ada eskalator yang mengantar jemaah terus ke bumbung Masjidil Haram. Lokasinya ada di  pintu Gate 91.


Sekian.


1 comment:

  1. Betul sebab besar bukan semua pintu dilalui.
    Tq kongsi.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.