Monday, August 1, 2022

Jadikan kecewamu menjadi swarovski

Tettt tettt..  bunyi wassap.

"Sorry Nek.     I tak reply wassap U aritu sebab hubby yang blue tick.  Bukan I".

Ujarnya.  Kami suka bahasakan diri "Nenek" supaya memasing insaf diri dah remaja purba.   




Ser ser ser jantung ai berdegup. (Bukan berdenyut kata Pakar Bahasa).  Berdegup laju sebab rasa tak patut je suami dia main baca2 wassap isteri dia, dah la kadang ai cerita hal2 yang agak peribadi atau mungkin terupload gambar yang kurang tertutup aurat.   Tu la silapnya ai, patut kalau nak crita apa2 call je bukan text.  

"Hubby pinjam phone sebab phone dia rosak.".  Sambungnya lagi.  

Untuk menyelamatkan keadaan immediately ai block, sebab kalau tak block, takut tangan ai ni gatal2 plak nak terwassap.    

Lantas mula lah waktu tu ai berpuisi..  kah kah kah.

"Gantikan amarahmu menjadi permata..          Sedihmu menjadi 916...                                        Kecewamu menjadi swarovski.."

Atau ertikata lain.. turn your sadness into power!!!.

Off topic.. terpesona juga dgn swarovski tapi nak beli asik tak jadi.  Manjang ulang alik try test.. tak juga belinya.






Back to topic.   Berminggu ai block beliau tu, of coz la down sebab dah hilang Pakar Therapy percuma gitu2 je.  Tapi dengannya ai muhasabah diri.  Mungkin Allah ingin hilangkan pergantungan ai pada manusia.    Ya Allah.. insaf.   Maka sejak tu ai pun belajar menyelesaikan apa jua permasalahan sendirian.   Alhamdulillah ok je pun.. selama ni dok manja sangat... tu la.




Pohon Eucalyptus menjadi teman bicara.

Setelah reda kecewa dan kemarahan, di suatu senja tu ai pun unblock la beliau.  Ya la seram jugak.. kalau terus block rupa2nya "masanya dah sampai", ahakz!. nyesal plak tak berlagu mohon ampun tepian kubur.  Nauzubillahiminzalik.    After all.. ai terdengar satu ceramah ni.. kalau orang2 alim menjauh dari kita, petanda ada la yg tak betul pada diri kita tu.   BTW sekarang masalahnya  bukan beliau yg menjauh..tapi ai yg gedix nak block sebab kecik ati dgn suaminya.   Khe3..

Beberapa jam setelah diunblocked...


"Eh.. boleh lepas pulak ai wassap arini.. ".   Ujarnya.

Ai gelak2 dalam hati.. tapi blom niat nak reply lagi.

"Aritu line I rosak la agaknya.  Macam2 I wassap U sebab nak tanya pendapat.. tapi U tak reply.  Tak pe la, dah settle pun".  Tulisnya lagi.

Masa tu ai mula kesian.  Ya Allah betapa tingginya sikap husnuzon beliau ni.  Ai block pun disangkanya line dia yang rosak.  Sobszzzz!!!.  

Lantas ai teringat satu kisah pemuda calon ahli Syurga.   Semua pelik kenapa beliau tercalon, biasa2 je orangnya... apakah amalan2 nya?.  Adakah selalu bangun malam?.   Oh... rupa2nya bila diselidiki... kerana sikap husnuzonnya dan peribadinya yg mulia, tak pernah menyakiti orang lain.  Begitu la kan.   Moga mendapat ibrah dari coretan ai yg tak seberapa ini. Sekian.


p/s :.  Apakah yg dapat anda husnuzonkan pada gambar lauk pucuk ubi ai tu?.

2 comments:

  1. Hehe tidak baik merajuk.
    Sangka baik pucuk ubi sedap sangat!

    ReplyDelete
  2. Okey...ai is nak gak Swarovski...belikan pliss..eh...hahaha...semalam baru makan pucuk ubi..x caya pi tengok kat blog...muahahahahhaa

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.