Tuesday, March 28, 2023

Suara merdu hingga kereta di jalan pun berhenti

Buat pencinta-pencinta Al Quran, mari kita baca kisah Saeed Noor yang bersuara merdu dan unik ini. 

Kerana begitu unik dan merdu sehingga memukau ramai orang termasuk pemandu-pemandu  di jalanraya ada yg terpaksa memberhentikan kenderaan mereka semata-mata untuk mendengarkan suaranya.  (Mungkin asbab ini kot beliau menolak beberapa tawaran rakaman radio Egypt :.  Sebagaimana yg tertulis di karangan wassap yg Ustazah ai post.  Wallahualam.)


Beliau adalah seorang Al Hafiz terkenal pada tahun 1930-an & 1940-an, berasal dari Sudan. Kepergian beliau ke Mekah utk menunaikan ibadah Haji pada akhir tahun 40an telah disambut dgn penuh hormat oleh Kerajaan Arab Saudi ketika itu. 

Setelah beberapa kali dipujuk akhirnya beliau bersetuju utk membuat rakaman beberapa potong ayat Al Quran sbg hadiah kpd jemaah Haji pada tahun itu. Tidak hanya itu, beliau ditawarkan pula utk tinggal di Kota Mekah namun dengan halus beliau menolak tawaran tersebut.   Masyaallah.  Kalau ai, hari tu jugak la bungkus kain baju pindah.😂😂🤭🤭. 






Bagaimana pun, Saeed Noor telah pun meninggal dunia pd pertengahan tahun 1960-an di Kuwait.   Innalilahiwainnailayhirojiuun.   

Tapi Alhamdulillah, ternyata kita bertuah kerana masih diberi peluang untuk mendengar rakaman suaranya ini.  Selamat mendengar dan semoga menjadi inspirasi.


2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.