"Sam.. kat mana ada iftar buffet lagi?".
So, ai pun selongkar la mana2 photo yang belum diupload. Casual dining di Tea Amor, Malakat Mall. Highly recommended untuk yang datang sekadar untuk menikmati makanan (bukan untuk dengar muzik atau menikmati view swimming pool sbb memang tidak ada).
Lagi pun mall ni bagus, pada ai islamic sikit.. depan cafe adalah ruang solat lelaki di mana hamparan sejadah terbentang sentiasa. Bagi wanita, naik tangga sikit jumpa lah surau.
Walaupun harga buffet di cafe ini tak mahal tapi menu2 setaraf 5 star hotel. Pendek kata, tak de la kek yg berbau soda bikarbonat yg terlampau hingga menjatuhkan level cafe tersebut (spt yg pernah ai makan di sebuah hotel tidak terkemuka di JB 10 tahun yg lampau).
Antara canapé yang sempat disnap. Terdapat juga paiti, spring roll dan lain2.
My favourite area. Antara beberapa jenis kerabu yg dihidang. Kerabu mangga, kerabu ayam dan kerabu seafood. Menarik!. Tetapi tak sempat ai nak snap.
Pelbagai lauk pauk melayu. Ada 2 pilihan nasi. Nasi putih dan biryani.
Murtabak dan pelbagai jenis roti serta croissant.
Desserts dan buah2an.
Semua ini hanyalah beberapa menu yg sempat dirakam. Sebenarnya terdapat juga ruang mee rebus dan kawah besar untuk kuey tiaw goreng sebagaimana lazimnya dihidang di hotel2 tersohor.
Pelbagai pilihan beverage. ABC dan cendol juga ada. Boleh minta Kitchen Hand buatkan. Jgn mandai2 buat sendiri pulak. Haha. Tapi ai pernah buat sendiri ketika di Marriot sebab konsep abc dia layan diri.
Oleh kerana layanan pada kami agak memuaskan, pinggan mangkuk di meja pantas dikemas (diangkat) dan waiter juga ramah tamah. Dengan itu ai bagi rate 4.5 out of 5 untuk presentation. Tak kan nak bagi fullmark pulak kan. Hihi. Whereas dari segi rasa ai bagi 5 out of 5. Yeszaaaaa!. Keep it up!.
nota :. Just my personal opinion.
waaahhhh feveret saya kerabu jugak!
ReplyDeletedpt kerabu, yg lain tak mandang dah hehe
Kan Anamizu. Heaven bila jumpa kerabu.
Delete