Sunday, April 9, 2023

Meninjau Bazaar Ramadhan di 2 buah negara.

Banner pada header tu sebenarnya abang ai yg buatkan.  Pagi2 tgh sahur YouTuber tersohor itu gigih edit. Alasan kenapa pix itu yg dipilih.. beliau kata kena la dgn penceritaan blog ini.  Antara KL dan Perth. Ooo. Baik lah.. alasan diterima.  Maka arini kita bawakan kisah2 bazaar di 2 buah negara tersebut.  Jangan pelik pulak macam mana ai boleh kejap lompat ke sana dan kejap ke sini.    Ai ada tikar terbang daaa!.


Zam zam Alakazam!!!.  First kita lihat dulu apa yg ada di Bazaar Tapak Pesta Batu Pahat.


Batu Pahat, Johor




Ada pecal, satay, mee rebus, laksa,  mangga potong yg ranggup dan.... Tak larat pula nak tuliskan semuanya di sini.  Sila lah ziarahi jika mood memasak ke laut.. supaya tak lengang sangat.   Kesian org yg berniaga. Hihi.







Putrajaya 

Kita tinjau pula bazaar di Putrajaya.  Meriah!!   Tiada istilah lengang tak kira apa pun cuaca.  Meski hujan pun  pelanggan sanggup berjalan di bawah payung asalkan dapat beli juadah yg diidamkan.





Khabarnya bazaar ini dibahagikan mengikut negeri.  So bagi orang2 JDT bleh cari kat mana menu favorite mereka.  Nak murtabak?.  Nasi ambeng?.  Begitu juga negeri2 lain. Mu ghoyak je nak gapo.. sume ado blake.



Nasi tomato.




Western Australia 

Berikutnya bazaar di Western Australia.  Berlangsung di MHP (Malaysia Hall Perth).  Macam2 ada.  Bakso, sambal tempe, kuih2 raya seperti tart nenas, suji Dan macam2 lagi.




Thanks Sister Umi.. belanja anak dara ai bakso.


Ok selamat berbuka semuanya.


6 comments:

  1. Macam- macam ada ha...sekali je pi BR hari tu..x berbaloi rasanya..harga tak rahmah langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - I pun pilih2. Mana yg kurang rahmah malas I nak beli. Nanti cepat pulak ke rohmatullah. Haha. Nauzubillah.

      Delete
  2. kat perth pun buat bazaar ramadhan ye..pernah ke bazaar putrajaya sekali... mmg meriah la... tapi yg bestnya siap beratur lagi nk membeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mim - Ha'ah. Perth ada bazaar ramadhan cuma tak la sepanjang bazaar di Malaysia tapi boleh tahan sedap2 semuanya.

      Delete
  3. wahh bazar Putrajaya ikurt menu negeri ek? bestnya! waaahh kat Australia ada jugak komuniti melayu berniaza bazar ye seronoknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anamizu - Begitu la keajaiban Bazaar Putrajaya. Hihi.

      Di Australia - ha'ah komuniti "Melayu Nusantara" (Msia, Indo, Singapore dll).

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.