Susulan masalah Cik Adik yang semalam tu. Cuba kita plot twist.. andainya dah "berubat" tapi si suami tetap juga tak berubah. Ada kemungkinan ia bukan sihir pun tapi "penyakit moden". Hantu pun marah kalau sering disalahkan. Jadi kita saintifikan je lah.
Mungkin :-
- Masalah kewangan yg meruncing.
- Memang dia pencurang.
- Masalah ketidak puasan 18sx.
- Hasutan dan campur tangan kaum keluarga pasangan.
- Hasutan kawan2 yang busy body dan batu api.
- Cemburu yang berlebihan oleh pasangan.
- Pasangan tidak membantu urusan rumahtangga. Jadi dia penat. Burn out.
- Panas baran yang berpunca dari masalah mental. Ini dikenal pasti bila mood dia cepat berubah2. Kejap cakap A.. pastu esok jadi B. Lusa jadi Z pulak. Apa yang dicerita nampak real tapi sebenarnya halusinasi semata.
- Isteri diminati orang. (Ada terdengar Ustaz cakap.. kalau ada org rindukan si isteri pun.. itu dah semacam 'pelet' walaupun tak buat pelet. Entah la. Wallahualam).
"Tapi kenapa hanya berlaku di certain tempat je (kemarahan itu)?. Bila ke tempat lain dia ok?. Macam sihir je.". Tanya Puan X.
Tak semestinya sihir. Mungkin tempat tu yang buat dia trigger. Tempat terkumpulnya segala masalah dia selama ni. Mungkin ada orang2 yg buat dia trigger di situ.
Solution :-
Bawa dia berjumpa pakar piskiatri dan physcology. Kalau kerajaan Malaysia bayar RM5 per servis. Tapi kena tunggu turn sikit lah. Gitu la yg ai terbaca, ai blom faham sangat tentang institusi kemantelan kat Msia. Sorry Nokz. Kalau kat Aussie 200 dollars per hour. Nah kau!. Baik2 tak mental.. nampak bill mental terus kang. Hahahaha.
Biasanya dapat kaunseling dan diberi ubat. Tapi dengarnya sapa yg makan tros tak bleh stop nanti makin teruk. (Correct me if I am wrong guys.. coz I have no experience at all. Nauzubillah). Disclaimer :. Ai bukan pakar dlm bidang ini.
Ada juga beberapa pusat rawatan swasta berbayar, contohnya di Selangor. Tak tau lah pulak berapa bayarannya. Nanti lah ai skodeng lagi page tersebut untuk mendapatkan maklumat yg terperinci. Majulah blog Miss Mirror untuk negara. Kah kah kah.
update :. Sessi saringan RM150. Sessi seterusnya RM150 - RM200 ikut tempat.
Untuk masalah 18sx pula.. ha tu u guys pandai2 la cari solutionnya ye. Untuk masalah kewangan pula.. berterus terang je lah dgn pasangan agar si dia lebih memahami.. instead of naik segala periuk belanga dan menjadi tanda tanya. Takut2 kalau tak dirawat bleh berbunuh-bunuhan. Nauzubillah. Sbg isteri anda perlu lebih banyak membaca tentang mental illness ini, supaya lebih empathy dan tak saling menyalahkan. Mengikut kajian, bila seseorang itu terpaksa hadap kemantelan orang hampir setiap hari, lama2 orang tu pun ikut mantel sebab vibration tu ada di persekitaran. Kasihan ye.
Kaunseling bersesuaian untuk orang yang mahu dengar kata kan, nak bagi tips pun tak pasti. Solusi terbaik ialah berdoa, berbanyak berdoa, inshaAllah
ReplyDeleteSetuju dgn sis. Doa je la senjata utama org Islam. Sebab biasa kalau org yg "sakit" ni tak kan nak mengaku dia tgh "sakit". Tak kan nak diheret bwk masuk kereta mcm budak2 kecik pulak kan?.
DeleteAda gak berlaku pada sepupu SA...macam complicated je hidup dia..padahal muda lagi...anak sorang..kahwin pun bukan atas dasar cinta tapi tu la..complicated nak citer..heheheh
ReplyDeleteSA - Kesiannya. Mari kita sama2 doakan moga mereka kembali bahagia. Aamiin.
Delete