Showing posts with label Masalah rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Masalah rumahtangga. Show all posts

Wednesday, May 10, 2023

Tak semestinya sihir kadang2 mental illness

Susulan masalah Cik Adik yang semalam tu.  Cuba kita plot twist.. andainya dah "berubat" tapi si suami tetap juga tak berubah.  Ada kemungkinan ia bukan sihir pun tapi  "penyakit moden".    Hantu pun marah kalau sering disalahkan.   Jadi kita saintifikan je lah.

Mungkin :-

  • Masalah kewangan yg meruncing.
  • Memang dia pencurang.
  • Masalah ketidak puasan 18sx.
  • Hasutan dan campur tangan kaum keluarga pasangan.
  • Hasutan kawan2 yang  busy body dan batu api.
  • Cemburu yang berlebihan oleh pasangan.
  • Pasangan tidak membantu urusan rumahtangga.  Jadi dia penat.  Burn out.
  • Panas baran yang berpunca dari masalah mental.   Ini dikenal pasti bila mood dia cepat berubah2.  Kejap cakap A.. pastu esok jadi B.  Lusa jadi Z pulak.   Apa yang dicerita nampak real tapi sebenarnya halusinasi semata. 
  • Isteri diminati orang. (Ada terdengar Ustaz cakap.. kalau ada org rindukan si isteri pun.. itu dah semacam 'pelet' walaupun tak buat pelet.  Entah la.  Wallahualam).


kucing hodoh ni pun ada rezeki yg Allah bagi.. sampai jadi gemuk dia sbb asik paw makanan org..apatah lagi anda yg jelita.


"Tapi kenapa hanya berlaku di certain tempat je (kemarahan itu)?.  Bila ke tempat lain dia ok?.  Macam sihir je.".  Tanya Puan X.


Tak semestinya sihir. Mungkin tempat tu yang buat dia trigger.  Tempat terkumpulnya segala masalah dia selama ni.  Mungkin ada orang2 yg buat dia trigger di situ.





Solution :-

Bawa dia berjumpa pakar piskiatri dan physcology.   Kalau kerajaan Malaysia bayar RM5 per servis.   Tapi kena tunggu turn sikit lah.   Gitu la yg ai terbaca, ai blom faham sangat tentang institusi kemantelan kat Msia.  Sorry Nokz.   Kalau kat Aussie 200 dollars per hour.    Nah kau!.  Baik2 tak mental.. nampak bill mental terus kang.   Hahahaha.




Biasanya dapat kaunseling dan diberi ubat.  Tapi dengarnya sapa yg makan tros tak bleh stop nanti makin teruk.  (Correct me if I am wrong guys.. coz I have no experience at all. Nauzubillah).   Disclaimer :.  Ai bukan pakar dlm bidang ini.

Ada juga beberapa pusat rawatan swasta berbayar, contohnya di Selangor.  Tak tau lah pulak berapa bayarannya.   Nanti lah ai skodeng lagi page tersebut untuk mendapatkan maklumat yg terperinci.   Majulah blog Miss Mirror untuk negara.   Kah kah kah.

update :.  Sessi saringan RM150.  Sessi seterusnya RM150 - RM200 ikut tempat.

Untuk masalah 18sx pula.. ha tu u guys pandai2 la cari solutionnya ye.   Untuk masalah kewangan pula.. berterus terang je lah dgn pasangan agar si dia lebih memahami.. instead of naik segala periuk belanga dan menjadi tanda tanya.   Takut2 kalau tak dirawat bleh berbunuh-bunuhan.  Nauzubillah.   Sbg isteri anda perlu lebih banyak membaca tentang mental illness ini, supaya lebih empathy dan tak saling menyalahkan.   Mengikut kajian, bila seseorang itu terpaksa hadap kemantelan orang hampir setiap hari, lama2 orang tu pun ikut mantel sebab vibration tu ada di persekitaran. Kasihan ye.


Thursday, December 29, 2016

Nafkah untuk isteri adalah pengikat

Assalamualaikum and morning!!





Ha'ah ambik jurusan kaunseling... tapi dari Universiti Kehidupan.    Haha...


Emm...  Kak Mirror simpati dgn apa yg ditanggung beliau.  Suami enggan beri nafkah, tak keja.   Keja2 asik2 berhenti padahal berkelulusan tinggi.    Tapi harap2nya jangan la bercerai dulu.    Masih boleh diperbaiki.  Sementelah si suami cukup solatnya.


Guys...   Nafkah dari suami untuk isteri tu sebenarnya sebagai "pengikat".   Isteri nak lari pun akan mikir 10, 20 kali jika suami tiap bulan bagi nafkah.. walau sekadar RM200 sekalipun.    Nak lari... bini dok terbayang2 muka suami tu dgn peluh keringat nak dapatkan duit sebanyak tu.. hahaha.  


"Asik melabur... tapi duit tah ke mana.  Tak nampak pun".   Keluh wanita itu.


Ustaz ada cakap...  berkira dgn isteri, rezeki jadi sempit.  Wallahualam.



Well.   Gini je lah.     Sementara ni sabo dulu.    Solat hajat banyak2 supaya suami tu berlembut hati menukar dirinya.     Tak jarang rumah yang dah nak roboh boleh bertukar jadi banglow yg cantik.
Ingat selalu.. isteri tunai tanggungjawab,
akan dpt pahala yg dijanjikan.  Suami yang tak tunai tanggungjawabnya  akan dapat balasan yg setimpal.

Dalam dunia ni nak cari yg sempurna memang la tak ada melainkan ada kekurangan di sana sini yg sama2 untuk diperbaiki atau sebagai ujian untuk salah seorang sebagai menaikkan martabatnya dgn jalan sabar.

Yg memilih jalan menyimpang dari agama..  tentu sekali ada keadilan yg wajar dari Allah.  Belum kat akhirat, kadang2 kat dunia pun mereka akan dipertontonkan.