Sunday, June 30, 2024

Termakan Cakar Ayam Di Alam Bunian

"Kedai tu mana bukak waktu malam?". tegas Markonah (bukan nama sebenar) bila kami teruja bercerita bahawa kami dah pun makan di kedai viral itu malam Sabtu lepas.  

"Tak bukak malam?". Kami terdiam.  

Rasa ingin tahu mula menyelubungi fikiran. Bagaimana mungkin kami boleh makan di kedai yang tidak dibuka sedangkan bukti bergambar juga ada.    


Namun, kami cuba berfikir secara rasional dan  enggan memisteri nusantarakan sangat sebab pembayaran malam tu guna QR code... bukan menggunakan cash lantas balik rumah duit baki bertukar jadi daun.



Jadi, ai pun bertanya pada owner melalui text, adakah kedai tersebut beroperasi di malam hari.  Jika dilihat pada website, ia tutup seawal petang. 




Agak lambat dibalas.  Membuat minda terus berfikir, Pasar Malam berdekatan yang kami kunjungi malam itu pun tiada seorang pun yang kami kenali.    Semua wajah-wajah baru.

Lantas menyalahkan sesama sendiri sebab keluar di waktu senja, kan dah termasuk ke alam bunian.



Tiba-tiba text berbalas..



Alhamdulillah misteri terungkai akhirnya (lihat text).  Mungkin mereka dah lama menukar waktu operasi cuma belum sempat mewar-warkannya.  Nasib baik ai belum sempat roger-roger majalah Mastika.😁😂😂



7 comments:

  1. Assalamualaikum sis, haha keliru jadinya, solusi telepon terus atau text kan senang lagi dari pi mai pi mai tanya sesama sendiri. Suka tengok kopi dalam cawan tu, rindu nak lepak...

    ReplyDelete
  2. Hihiii... mula-mula baca memang suspen.
    Perkataan akhir ada 'Mastika'. Gelak-gelak sendiri.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, ingtkan dah makan di kedai bunian.. yg pati masakan org bunian memang sedap.. tp mampu bau sahaja.. mknnye tak..

    ReplyDelete
  4. hahaha Majalah Mastika legend!

    ReplyDelete
  5. Part majalah mastika tu SA dah start gelak dah..lawak la sis...

    ReplyDelete
  6. hahaha...agak-agak kalau masuk mastika tajuk jadi cam yg akak letak tulah ye... atau jadi "termakan cakar ayam bunian gara-gara lapar diwaktu maghrib" haha

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.