Monday, July 22, 2024

Cara Menghormati Diri Sendiri

"Jangan makan makanan orang lain lebih daripada mereka makan makanan kamu." 

Don't eat other people's food more than they eat yours.

(Terbaca quote ini melalui tip menghormati diri sendiri). Lantas saya terfikir, kalau misal kata kita ada jamuan potluck dan kawan kita bawa kek  yang tersangat sedap, mestilah kita makan kek dia lebih banyak berbanding kuih kita yang sekadar cengkodox.  Adakah jika itu berlaku maka maruah kita akan jatuh?.




Tidaklah begitu maksudnya.  Kalau saya lagi lah berbangga jika orang sudi makan makanan kita dibanding tak dijamah langsung.  Kecik ati tau!.  Jadi, saya pun buatlah kajian akan maksud di sebalik ayat tersebut.  Dah alang2 tgh free kan. Hihi.  Dan ini jawapannya.

Idea di sebalik nasihat ini adalah tentang mengekalkan keseimbangan dan rasa hormat dalam hubungan. Berikut adalah beberapa sebab mengapa konsep ini penting:

  1. Hubungan sering berkembang melalui pemberian dan pengambilan yang saling menguntungkan. Jika anda sentiasa mengambil lebih daripada yang anda berikan, ia boleh mencipta ketidakseimbangan dan membawa kepada perasaan tersinggung atau diambil kesempatan.

  2. Dengan memastikan anda menyumbang sebanyak yang anda terima, anda menunjukkan penghormatan terhadap diri sendiri. Ia menunjukkan bahawa anda percaya sumbangan anda adalah berharga dan anda layak diperlakukan sebagai setara.

  3. Terlalu bergantung kepada orang lain boleh menyebabkan kebergantungan, yang mungkin tidak sihat untuk kedua-dua pihak. Menyumbang secara adil membantu mengekalkan kebebasan dan kecekalan diri.


Adakah ini peribahasa?

Tidak. Ia lebih kepada nasihat langsung. Peribahasa biasanya lebih kiasan dan sering mempunyai makna yang tidak jelas dari kata-kata individu. Namun, frasa ini sangat literal dalam makna dan niatnya.

Nasihat ini adalah tentang mengekalkan hubungan yang sihat, hormat, dan seimbang di mana kedua-dua pihak merasa dihargai dan dihormati.

Contoh :-

Jika kawan tumpangkan kereta pegi office dan mereka tak nak duit, balaslah dgn membelanja minum.  Jika tak ada duit, mungkin boleh membantunya hal-hal lain, contohnya meringankan bebanannya menjaga anak, kucing, menolongnya ketika sakit, kenduri kendara, siramkan pokok ketika dia balik kampung dan lain2.  

Jika ada contoh-contoh lain, boleh tinggalkan di ruangan komen untuk perkembangan sahsiah diri kita bersama.   Terima kasih.


p/s :.  Antara lain yg saya setuju untuk tip menghormati diri sendiri ialah. "Stop entertaining gossip about other people.".    Lately ni mudah rasa pening kalau mendengar gossip.   Hihi.   Sebab tu asik blogging je untuk distract dari terbaca berita yg bukan2.



3 comments:

  1. Perkongsian yang sangat menarik. Dapatlah saya tambah ilmu tentang perkara-perkara yang tersirat di sebalik yang tersurat.

    ReplyDelete
  2. bagusnya peringatan yang Allah bagi kat akak. baca je gosip terus pening. Allah sayang kat akak tu tak nak bagi akak terjerumus ke lembah berdosa (perghhh macam buat cerpen pulak ayat kita ni) ahakss..

    ReplyDelete
  3. Agree kak. Kesannya juga, saya tak nak jadi benalu . Ibarat menumpang di tempat lain tp juga menghabiskan yg jadi milik orang lain. Orang2 pun pasti tak nak berteman dengan orang begitu kan. JD dalam kehidupan sosial, saya berusaha juga utk memberikan yg terbaik sesuai kemampuan, tidak hanya menerima.

    Salah satu benefit yg saya rasa selepas resign, JD jaraaaaang sekali mengikuti gossip terbaru 🤣🤣. Kalo di kantor terkadang susah nak lepas dari gossip, Krn banyak yg cerita. Mau tak mau JD tahu dan dengar. Setelah resign, di rumah saja, JD berkurang pula terlibat gossip. Apalagi kalo berita di tv saya memang tak pernah buka. Berita online pun saya pilih juga. Berbau gosip tak nak follow dan buka.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.