Saturday, July 20, 2024

Seharian Mencari Kain Roket

Bila tak mencari.... banyak. Bila dicari... tak jumpa-jumpa. Selalu mcm tu kan?.

Ini throwback minggu lepas masa mencari baju songket di KL untuk si Ain.  Untuk rekod, kepulangan Ain ke tanahair aritu sebab ingin menyantuni walimatulurus kawan dia.    Jadi dah alang-alang balik,  kami pun cari la stok baju-baju traditional untuk simpanan peribadi.  Senang nanti kalau ada event.  Sebab baju songket tak de jual di Aussie.  Kalau ada pun, sewa.   Itu pun selalunya pengantin je.  





"Ma.. Ain ingat nak beli kain roket je lah.". Ain kata.

"Roket??. 🚀🚀".   Mama dah penat jadi tersengih je la dgn ayat dia tu.  Nak gelak dah tak kudrat sebab dah 3 buah kedai kami singgahi sampai dah senja.

Rupa-rupanya yg dimaksudkan ialah sepasang baju kurung broked warna hijau.   Mama pun setuju la sebab memang nampak elegant.   Dah bayar tu terus turun tingkat bawah cari shawl pula.  Ok settle.





"Ma.. alamak!.  *** (nama menantu ai) kata tak cantik la baju tu.   Dia suka Ain pakai kaler lain"

Ya la, isteri bercantik-cantik untuk siapa kan kalau bukan untuk suami?.   Jadi kami teringat kain songket merah yang kami beli di kedai pertama tadi.  Motif beli pun sebab kesian dgn pakcik yg jual tu. Nak ikutkan dari segi kualiti, tak menepati sangat impian Mama.   Tapi warna tu mungkin suami Ain suka kot.   So proceed dgn yg tu untuk next event.  (Gambar).

Akhirnya baju broked dan shawl yg hubby dia tak berkenan tadi tu jadilah rezeki Mama.   Alhamdulillah.

Antara lain yg ada menjual kain songket adalah Central Market (tapi pilihan terhad), Mara, Malakat Mall (tapi terbaca aritu Mall ni bakal ditutup tak lama lagi.. sobszzz). Teringin juga untuk mencuba sutera thai rekaan Salikin Sidek tapi belum sempat roger2 wife beliau untuk tanya lokasi.  Kot mana tau dpt diskaun.. kekeke.  Sbb she is my junior actually.


7 comments:

  1. Nak baca entry nie.. Sebab nak tau kain roket tu kain apa... Hihihi..

    ReplyDelete
  2. Kain roket yer.. untung nya boleh ikut citarasa suami.. by the way bagus menantu tu blh ikut shopping baju ..

    ReplyDelete
  3. rasa nak tergelak juga bila tahu ada kain roket hehehe

    ReplyDelete
  4. tekejut i olls baca kain roket hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis, shopping stock ye sis, tula kain roket, kain baru ke hehe.. Cantik kain songket tu, boleh simpan turun temurun..

    ReplyDelete
  6. roket pun roketlah ain....nasib mama kamu faham

    ReplyDelete
  7. Hahahaha ain nih sama dengan saya. Kalo suami tak suka, saya pun JD malas pakai 🤣. Tapi kebalikannya saya kdg tak kisah dengan outfit yg dia pakai, Krn bagi saya kebebasan tiap orang utk berpakaian sesuai style nya. Asal sesuai tempatlah. Tak mungkin pula ke nikahan pakai t-shirt kan 🤣. Kalo itu saya larang 🤭.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.