Thursday, July 18, 2024

Bila kita teringat orang adakah petanda org itu juga teringat kita?

Assalamualaikum guys.

Pernah tak tiba-tiba teringat kawan lama?. Agak aneh juga bilamana sejak minggu lepas ai asik teringat seorang rakan zaman kanak-kanak.   

Sebelum ni memang beliau pernah text tapi sejak ai tukar nombor phone, terputus agak lama.  Lantas pagi tadi ai try call.   Tak berangkat.

Tak lama lepas tu.. muncul sekeping gambar seorang wanita anggun berfurdah depan kaabah.   

"Saya dah kat Mekah.". tulisnya.   Itu lah first time ai nampak pic beliau setelah puluhan tahun tak bersua.

Masya Allah.   Ai pun menjerit la kesukaan. Auto terjangkit kebahagiaan beliau tu.

Mungkin itu la kot agaknya yg menjadi faktor Allah asik gerakkan hati ai untuk contact beliau pagi ni.   Sebab aura Mekahnya memancar-mancar.

Ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan kita tiba-tiba teringat seseorang antaranya kenangan signifikan.  Kenangan yang beremosi ini boleh mencetuskan ingatan tentang individu yang berkaitan, walaupun sudah lama berlalu.




makan di Bali, IOI Mall.


Berbalik pada kisah "aura" tadi tu, ai rasa ada benarnya. Time kita happy, tak semena-mena seluruh dunia seakan mengingati kita. Tapi kalau aura kita tengah merundum, call sana sini pun seolah-olah ada bidai yg melindungi kewujudan kita.  Seperti tersihir. 😁

Apabila kita happy, aura kita akan memancarkan tenaga yang positif. Ini boleh membuatkan orang di sekeliling kita lebih tertarik dan cenderung untuk berhubung dengan kita, seolah-olah mereka boleh merasai tenaga positif yang kita pancarkan.


Sebaliknya, apabila kita berada dalam keadaan murung atau stress, aura kita akan memancarkan tenaga negatif. Ini boleh menyebabkan orang lain secara tidak sedar menjauhkan diri atau kurang cenderung untuk berinteraksi dengan kita. Perasaan ini mungkin datang daripada intuisi atau persepsi bawah sedar mereka terhadap tenaga negatif yang kita bawa.


Konsep ini menyedarkan kita bahawa keadaan emosi dan mental kita tidak hanya mempengaruhi diri kita sendiri tetapi juga bagaimana dunia luar berinteraksi dengan kita. Aura yang kita pancarkan boleh menjadi magnet yang menarik atau menolak orang di sekeliling kita, dan ini mencerminkan kepentingan menjaga kesejahteraan emosi kita untuk membina hubungan yang lebih baik dan lebih positif.

6 comments:

  1. Kalau hubungan persahabatan yg ikhlas...mmg aura dia lain mcm.. kdg2 masa sekolah rapat.. lepas blajar lost contact tapi bila berjumpa semula boleh duduk 10 jam berborak bersama..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis, betul tu bergantung pada reaksi , jika bersyukur tu semua nikmat terasa.. Alhamdulillah sis dapat respon dari kawan lama.

    ReplyDelete
  3. betul tu Ana sokong! mmg bila kita sedang happy, aura tu lain macammm hehehe

    ReplyDelete
  4. kita lain pula.. kalau kita tido mimpi kwn ke sedara ke.. mesti dia dalam kesakitan atau kesusahan

    ReplyDelete
  5. Karena itulah saat bad mood parah, saya biasanya tak nak kemana2. Krn tahu vibe yg terpancar nanti tak bagus. Pernah sekali saya sedang ribut dengan suami. Lalu pergi ke suatu toko, tapi sebab perasaan masih merasa tak enak, saya JD agak marah dengan staff yg melayani. Sampai rumah menyesal sangat, Krn tak biasanya saya seperti itu.

    Dan dulu ya kak, saat masih kerja, tp dah kepikiran utk resign, itu Krn saya tak sesuai lagi dengan visi misi perusahaan yg berubah. JD tiap pagi berangkat ke kantor, mood tak pernah bagus. Akibatnya, seharian itu saya emosi tiap handle pekerjaan. Berimbas ke kolega yg kena cipratan marah saya. 😅.

    Disitu juga saya berpikir, kalo pekerjaan dah buat saya saya berubah JD lebih pemarah, rasanya tak baik. Perusahaan tak mungkin mengubah visi misi demi saya, saya yg hrs ikut. Tapi kalo saya tak bisa trima, resign JD satu2 nya cara. Drpd saya tahan , dan hubungan dengan teman2 kantor memburuk, saya tak mau juga.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.