Wednesday, July 17, 2024

Fadhilat anak jadi isteri orang.

Assalamualaikum guys..

Perkahwinan anak perempuan memberikan ketenangan kepada ibu bapa. Ini bukan cerita tentang Cik Q hendak berkahwin ya. Belum lagi. Cik Q masih muda. Mama pun belum terfikir untuk fokus pada hal itu. Topik ini sekadar perbincangan kosong dengan Si Kakak  sewaktu menghantarnya pulang ke Australia petang tadi, di mana beliau sendiri mula menyedari ketenangan ini.

Alhamdulillah, tiada lagi drama air mata, berbeza dengan ketika beliau masih bujang. Dahulu di lapangan terbang, Mama menangis, dia pun menangis.



Begitulah rupa-rupanya puan-puan. Seorang ibu akan berasa lebih tenang kerana anak perempuannya kini memiliki pendamping hidup yang dapat memberikan "perlindungan" (Allah yg melindungi) dan sokongan emosi.     Selama ini kita menyangka, bila mereka berkahwin, dah payah untuk berjumpa lagi, nampak PC dia kat rumah je rasa nak melalak.. sebab terbayang-bayang hilai tawa dia kat situ buat assignment atau borak dgn kawan-kawan, tetapi Allah atur semuanya dengan baik sekali.    Thanks Allah.


5 comments:

  1. Macam tu la SA ni...semoga jodoh Dania nanti yang baik- baik dan memberi perlindungan buat dia

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis, Alhamdulillah moga Kakak sentiasa dalam lindungan Allah. Betul berjauhan menimbul perasaan rindu mendalam.

    ReplyDelete
  3. rasanya mcm ni lah apa yg Mak Ana selalu fikirkan.. Mak Ana mcm susah nak lepaskan Ana ke mana-mana sbb masih bujang & risau kalau jd apa-apa katanya (tambah pulak kes kematian Farah Kartini UPSI baru-baru ni) lg menambah risau di hati Mak Ana..

    moga Kakak sentiasa dlm lindungan Allah aminnnn

    ReplyDelete
  4. Saya belum merasakan fase ini. Tapi bisa terbayangkan. Mungkin feeling yg sama akan saya rasa ketika anak perempuan saya pergi jauh dari rumah 😊

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.