Saturday, July 13, 2024

Meneman Orang Overseas Cari Tudung Neelofar

Assalamualaikum guyss..

Khamis lepas membawa "Pelancong Oberseas" jalan-jalan KL. (Pelancong ler sangat kannn 👻).   Kami naik train je, sebab memang itu impiannya, ingin memperluaskan pengalaman hidup.   (Oh ya.. anda tak kenal orang tu dan bukan Blogger).


Ai pun ikut-ikut taksub sebab first time nampak KOC untuk wanita.  (Siannya aiii).  Tapi yang peliknya ada juga penumpang lelaki yang berdiri-diri di ruangan itu sehingga diberi teguran.  Nak husnuzon pun payah.. sebab tulisan dah tertera atau mungkin kecelaruan identiti kot?.  Kekeke. Eh oppss.




Bawa beliau ke KLCC untuk mencari tudung.
Pencarian berakhir di Neelofar. Dapatlah sehelai tudung bawal hitam dan shawl biru. Lupa nak snap area tudung Neelofar yg dimaksudkan sebab sibuk mencuba.



Thank you love.. for buying me this beautiful Neelofar scarf.   (Kena speaking sebab org obersea kan?).





The colour I used to avoid now feels suitable for my skin. Siapa sangka kan... manusia boleh berubah-ubah citarasa.


Nasi Lemak Daging Berempah di Food Court KLCC.. dan beliau pula makan mee hoon sup.


 
Ada beza harga tambang LRT rupa-rupanya ye antara bayaran melalui  IC dan token?.   Ai guna IC sementara beliau pula guna token.  Nampak macam ai dapat lebih murah sikit.  Entahlah.   




Finally sampai pun ke Mid Valley. Tidak la jauh sangat. Enggan menulis lebih banyak tentang Mall ini sebab dah banyak entri tentangnya sejak 18 tahun yg lalu.   



20 minit juga untuk melepasi laluan ini dari Mid Valley ke LRT Abdullah Hukum.  Asik berbual sampai tak sedar kami telah berjalan berbatu-batu dari pagi.  Moga jadi asbab sihat dan selim melim.


Turun tangga jejantas lantas terjumpa la stesen Abdullah Hukum ni.    

Overall, satu pengalaman yang manis tapi agak memenatkan (juga) sampai terpaksa bertukar kasut dengan beliau sebab dah rasa melecet pula kaki  berjalan tak ingat dunia.  Nak kena beli kasut baru nampaknya ni supaya langkah lebih panjang.



5 comments:

  1. Penat tak kak? Hahaha..bleh plak tersalah tegur orang ye masa ni..nasib SA tengah MC..kalau x..paksa akak tunggu SA kat KL Sentral

    ReplyDelete
  2. pengalaman mendewasakan usia hehehe.. next time kena make sure pemilihan kasut yg betul sblm mula langkah hehehe

    ReplyDelete
  3. dari sehari ke sehari nak ke klcc tapi malasnya nak tukar2 train

    ReplyDelete
  4. Saya pun begitu kak. Ada beberapa warna yg sebenarnya saya sukaaa sangat, purple. Tp tak cocok dengan skin color saya. Jadi walopun suka, tapi utk hijab saya jaraaang pakai purple. Lebih memilih warna merah atau coklat yg cocok dengan color tone kulit 😄. Mau tak mau, hrs switch supaya di wajah terlihat cerah sikit kan 🤭

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.