Saturday, August 10, 2024

Dinner Di Restoran Morroco

Anak-anak mulanya yang nak belanja tapi abah mereka telah mendahului beratur di kaunter. Restoran Le Marrakech di Victoria Park. Kena tulis siap-siap pada mukadimah sebab tergeliat lidah nak menyebutnya.

Sebab ini first time makan di restoran Morroco ini, kami oder sikit dulu dan terfikir untuk menyambung makan di restoran lain jika masih lapar lagi.  Bijak tak?.  



Malas nak memeningkan kepala jadi ai serahkan tugasan memesan makanan pada anak3 (Ain, Cik Q dan Big Boss).

Oder nasi dan chicken skewer dalam tangine ni, tapi blom sempat snap, waiter dah cepat2 angkat tudung dia.  Takut pecah kot sbb lawo. I love the watercress, lama tak buat platting dengannya hingga terkadang lupa nak sebut.



Lamb shank dan roti.


Dalam banyak-banyak menu, ai vote Vegetable Soup ni.  Sedap berlemak. Terasa macam nak buat sendiri di rumah.  



Masa dalam kereta kepala  kami dah terbayang creme brulee tapi dorang kata dah tak buat lagi.. terpaksa oder kek oren ni.  Ai kureng sikit kalau kek2 yg ada oren ni.   Mungkin kecik2 dulu dah terlebih makan kek oren yg dibungkus plastik kat kedai runcit tu.  Ingat tak?.  Ha macam tu la rasa kek ni.

Suka dekorasi restoran ini (video).   



Begitulah kisah bonding time with family Khamis yang lalu.  Oh lupa nak tulis… akhirnya walaupun oder sikit kami dah kenyang.  Tapi tetap singgah di kedai lain untuk makan ais krim.  Kali ni baru Cik Q dapat belanja.

Lain orang lain citarasa.  Penulisan ini hanya sebuah pendapat peribadi ( just my personal opinion).

5 comments:

  1. Nampak sikit tapi Moroccan cuisine cepat kenyang.. Lamb shank dan roti pun cukup menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. Pernah makan sekali Morroco dishes..so far boleh la diterima tekak..SA x suka kek oren..x pasti plak kenapa

    ReplyDelete
  3. Maroko dishes saya blm coba. Jadi belum bisa bilang akan suka atau tak. Tapi kalau rasanya full rempah seperti makanan timur tengah, bisa jadi saya akan suka 😍😄

    ReplyDelete
  4. Makanan Morocco campuran arab dan spain dan afrika gitu hahaha.. Tangine tu mmg famous di Morocco.. tudung tu dah kenapa dia angkat cepat2.. betul jugak import jauh nk smpai aussie..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.