Sunday, August 18, 2024

Ngeteh Di Pejabat Pos Batu Pahat

Assalamualaikum guys.


Sangkakan diajak pos barang,  rupa-rupanya masuk Post Office untuk ngeteh.  Jika di Aussie, Cawangan Pos biasanya dihadirkan bersama jualan-jualan cenderahati di dalam bangunannya, belum pernah jumpa yang ada cafe begini.  Ianya satu keunikan dan pengalaman baru buat saya.


Rupa-rupanya baru dua bulan dibuka, cafe di Pejabat Pos Batu Pahat ini merupakan sebuah kafe yang terletak di dalam bangunan bersejarah  Pejabat Pos Batu Pahat, Johor. Ia sebenarnya sebuah bangunan lama dengan elemen seni bina kolonial tapi tak sempat nak snap kerana cuaca di luar yg agak panas.  Ai kan “omputeh”.  kekeke. (Hatiku yg putih. Ahakz).



Sedap dan lembut blueberry muffin dia ni. Haruslah minta mereka panaskan dahulu sebelum dihidang.


Menawarkan menu yang terdiri daripada pelbagai jenis minuman, kek, pastri, dan hidangan tempatan yang sesuai untuk sarapan atau makan tengah hari. 



Jika dilihat di hujung sana, itu lah kaunter Pejabat Pos ini yang telah menyimpan pelbagai kenangan pahit manis zaman muda mudi.  



Dahulukala depan tu Raden Book Store seingatnya, sekarang dah berganti dengan kedai makan. 








Pelbagai pilihan pasta frozen juga terjual di sini nampaknya.


Lokasinya strategik di Jalan Rahmat dan mudah diakses bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Batu Pahat.


Alhamdulillah.  Sejujurnya saya berbangga dengan usaha yang unik ini, sekurang-kurangnya menghidupkan kembali keceriaan Batu Pahat.   Moga bisnes terus maju. 



12 comments:

  1. Menarik! Boleh santai-santai bersama tersayang.

    ReplyDelete
  2. Wah.. Menarik.. Kalau p Batu Pahat nie, boleh ajak adik p Pejabat Pos nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu terbaca Linda rajin pegi BP kan. So this post is dedicated to you..😁

      Delete
  3. Bijak sangat buat cafe di pejabat pos.. kalau ada urusan dan que panjang mmg pekena la secawan dua coffee.. ada pulak pastry.. mmg terbaik lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT - Betul. Mengurangkan stress rakyat Msia yg dah ramai stress. Hihi.

      Delete
  4. Unik... kalau sy suka tempat yg x brp hipster mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakmim - I see. I like both but this kind I love more.

      Delete
  5. kt klang pun ada tapi tak berkesempatan nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deqsu - Tu la Kak Sam tertanya2 juga, mesti ada byk lagi di cawangan2 Pejabat Pos yg lain.

      Delete
  6. Usaha yang bagus dari Pejabat Pos. Habis pos barang, boleh lepak minum kopi.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.