Jumaat!. Kena tulis siap-siap di mukadimah supaya next time terus ingat kat kepala pasar tani di Putrajaya ini buka di petang Jumaat.
Walaupun dah buat entri di post terdahulu, kali ini lebih detail lagi sebab rasa lebih selesa tidak memakai high heels ke sini. Berjalan di sekitar pasar dengan sneaker memudahkan pergerakan, terutamanya bila perlu berjalan dari satu gerai ke gerai lain sambil menjinjit barang yang dibeli. Lebih bebas untuk menikmati suasana tanpa rasa lenguh.
Sayur-sayuran dia segar. My MIL happy dapat membeli sayur kegemarannya di sini serta buah-buahan tempatan seperti duku dan rambutan.
Cuaca agak redup kali ni jadi selesa makan di meja yg disediakan. Sedap pula aglo olio yg adik tu masak. RM7 je.
Sambil makan sempat menjeling ke gerai menu pantai timur di depan kami, nampak begitu laris dan ramai beratur panjang, membuat kami rasa teruja lantas terpikir apakah nasi dagang mereka terlampau sedap?. Atau nasi kerabunya secukup rasa?. Atau keropoknya yang lain dari lain?. Ah!. Harap dapat mencuba di lain masa supaya tak “tertinggal keretapi”.
Ikan kering pun ada, cuma tak nampak pula ikan tenggiri masin kegemaran kami. Tapi ikan2 lain ni pun sedap jika dimasak lemak cili padi bersama nenas.
Puas hati dapat pisang goreng tanduk yang diidamkan. Jarang jumpa pisang goreng yg kena dengan selera ai di KL ni. Kalau nak goreng sendiri rasa tak berbaloi pula. Jadi, overall belian di Pasar Tani ini adalah nikmat dunia yang Allah pinjamkan sebab semuanya kena dengan tekak. Moga pasar2 yg lain mencontohi kesedapan menu2 di pasar ini. Ah gitchew!. Jgn maree.
Ok lah, itu je nak tulis. Nun di seberang parking ini lah lokasi pasar ni, berhadapan dengan bangunan kerajaan.
Alamak... baca ikan masin masak lemak cili padi, teringat ikan masin kurau berbulan dalam peti sejuk. Nanas pulak tak ada.... kecur terus!
ReplyDeletePaliiing suka saya kalo saat traveling, lalu ada pasar seperti ini. Pasti saya masuki, sekedar melihat apa aja jualan di dalam. Terkadang adaaa aja makanan yg dijual menarik selera 😄
ReplyDeleterindu pasar malam putrajaya.. selalu jumaat di nantikan untuk beli kebab.. dah lama tak makan kebab
ReplyDeleteKalau SA ada meeting kat Putrajaya hari Jumaat memang meeting sampai pukul 5pm, cepat2 keluar dari kawasan tu risau jammed..hahaha...x pernah terjah lagi tp mmg tau setiap Jumaat ada pasar malam area tu..
ReplyDelete