Tuesday, February 18, 2025

Redho Dalam Kabus Takdir


"Macam mana hari ini?. Ada perubahan tak?" tanyaku pada Markonah (bukan nama sebenar) melalui whatsapp.  Dah seminggu lebih, itu sajalah ayat pertanyaan yang ai utarakan persis Doktor pelawat pula lagaknya ai ni. 😂


"Ok sikit la. I tengah menikmati 'Jalal' Allah ni. Ujian Allah kena rasa nikmat, biar apa pun yang berlaku. Barulah namanya redho dengan ketentuan-Nya..." 

Ai terdiam sejenak.  Kegusaran tadi hilang. Perkataan “menikmati” tu terus membuat ai menukar persepsi, lantas membayang Konah tengah “happy” dan sakitnya mengurang sebagaimana mind setnya yang ditukar. Ibarat menikmati secawan kopi panas di bawah pohon pisang di ketika hujan kot, badan menggigil dek hujan tapi nikmatnya masih ada iaitu kopi.



Gambar lama je ni, (sekadar hiasan).  Rasa damai je dibawa ke kebun pisang ketika meneman org berurut.  



"Jalal" Allah merujuk kepada kebesaran dan keagungan-Nya yang kadang-kadang terzahir melalui perkara yang kita anggap buruk—musibah, kesakitan, kehilangan, atau kesedihan. Tetapi di sebalik setiap ujian itu, ada rahmat yang hanya dapat dilihat oleh hati yang tenang dan yakin dengan ketetapan Ilahi. 




“Kalau Jamal Allah pula adalah perkara baik yg Allah bagi & kita pun tak tahu apa hikmah Allah bagi benda tu.”   Ujar wanita bertudung labuh ini.

Contohnya Cik Q ni lah, pesal rajin pulak buat bunga di balik rutin hidupnya yg sibuk?.  Ada lah tu hikmahnya.   Mungkin suatu hari nanti nak bukak kedai bunga kot?.  Aamiin.  





Kesimpulannya, orang alim menghadapi ujian bukan dengan mengeluh, tetapi dengan mencari makna. Mereka melihat musibah bukan sebagai hukuman, tetapi sebagai tanda kasih sayang Allah, peluang untuk mendekatkan diri, memperbaiki amalan, dan meraih kedudukan yang lebih tinggi di sisi-Nya. 

Mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada Markonah ini ya puan2.  Memang lah, tak semua orang mampu “menikmati” ujian. Tapi bagi yang benar-benar memahami, di situlah letaknya ketenangan yang sebenar.  Insha Allah.  Bagaimana pun sama2 lah kita berdoa moga kita semua kekal sihat, gagah perkasa.  Aamiin.



No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.